Followers

Tuesday, January 20, 2015

Lebih baik Najib jual jet untuk jimat RM400 juta – Rafizi (Oleh: Lyn Nasir)

 
 
KUALA LUMPUR 20 Jan : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau kecewa apabila Perdana Menteri tidak menyentuh langsung masalah utama ekonomi seperti penurunan ringgit berikutan kejatuhan harga minyak dunia.
 
Sebaliknya, katanya, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas hari ini hanya mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai langkah penjimatan RM400 juta yang disifatkan terlalu kecil.
 
“Memotong RM400 juta adalah terlalu kecil untuk dilihat kesannya.
 
“RM400 juta itu cuma harga dua biji jet sahaja, baik dia jual dua biji jet itu untuk jimat RM400 juta,” kata Rafizi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
 
Jelas Rafizi, langkah yang diambil kerajaan itu masih tidak mampu menangani kemerosotan pendapatan negara yang dilihat agak kritikal.
 
Terdahulu, Perdana Menteri hari ini membentangkan perutusan khas mengenai ekonomi dan keadaan kewangan negara.
 
Beliau turut mengumumkan penangguhkan PLKN bagi tahun ini dan memperuntukkan RM800 juta bagi membaiki dan membina semula infrastruktur asas di kawasan terjejas banjir.
 
Namun Rafizi berkata, kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kewangan bakal memberi kesan besar ke atas ekonomi dan perbelanjaan kerajaan.
 
“Saya lihat tiada keseriusan daripada aspek kawal perbelanjaan kerajaan, dan yang kedua ialah tiada fokus mengenai perkara sebenar menggugat kewangan negara iaitu mengenai kejatuhan mata wang kita, (ringgit).
 
“Masalah ini bukan sahaja memberi kesan yang sangat teruk kepada ekonomi, malah ia memberi kesan yang mendalam kepada kos sara hidup harian rakyat,” jelasnya lagi.
 
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64852

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.