Followers

Sunday, January 4, 2015

Tiga lagi mayat nahas pesawat AirAsia ditemui ??

Tiga lagi mayat penumpang penerbangan AirAsia QZ8501 dijumpai hari ini oleh kapal perang Tentera Laut Jepun, Onami. – Gambar Reuters, 4 Januari, 2015. Tiga lagi mayat penumpang penerbangan AirAsia QZ8501 dijumpai hari ini oleh kapal perang Tentera Laut Jepun, Onami
 
Tiga lagi mayat penumpang penerbangan AirAsia QZ8501 dijumpai hari ini oleh kapal perang Tentera Laut Jepun, Onami.

Tiga lagi mayat nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di laut Jawa pada 28 Disember lalu ditemui, menjadikan jumlah setakat ini 33 penumpang, dengan 24 daripadanya masih dalam proses pengecaman.

Menurut portal Kompas.com memetik juruterbang helikopter Indonesia Super Puma Mayor Suryo sebagai berkata, tiga mayat penumpang itu ditemui oleh kapal perang milik Tentera Laut Jepun, Onami.

Beliau berkata, ketika mayat itu akan dibawa helikopter milik tentera Amerika Syarikat Sea Hawk ke lokasi utama pencarian jenazah penumpang dan anak kapal AirAsia di Lanut Iskandar.

Manakala helikopter Super Puma milik Tentera Nasional Indonesia yang digunakan sebelum ini bagi mengangkut jenazah, kini dikerahkan untuk turut bersama dalam operasi pencarian mangsa korban pesawat berkenaan.

"Informasi terakhir, tiga jenazah akan dibawa helikopter Sea Hawk milik Amerika sementara Super Puma akan menyertai operasi mencari di sebelah barat, iaitu lokasi yang ditemukan banyak jenazah kelmarin," katanya.

Beliau menyifatkan cuaca hari ini agak baik dan membantu dalam operasi mencari mangsa penumpang pesawat tersebut.

"Jika memang ada kapal yang menemukan jenazah lainnya, maka kita akan bersedia untuk mengambil jenazah itu," katanya

Pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 terputus hubungan radar pada 28 Disember ketika dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu terhempas di perairan dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah di Indonesia. – 4 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.