Followers

Thursday, January 29, 2015

TG YB Dato Nik Aziz dijangka keluar wad tak lama lagi.......


ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH SWT 


Tahap kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dilaporkan bertambah baik hari ini dan dijangka pulang ke rumah dalam masa terdekat.

Anaknya Nik Mohamad Abduh berkata bapanya kini berupaya duduk di kerusi roda.

"Pagi ini doktor dan pihak hospital berkunjung ke rumah untuk melihat dan membantu kami menyempurnakan keperluan dan persiapan untuk ayahanda apabila dibenarkan pulang nanti," katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke HUSM pada 19 Jan lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.