Followers

Thursday, January 29, 2015

Sirul tak dapat apa pun, kata ibu

 
 
Keluarga koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu menganggap bekas polis itu “dianiaya".

Ibunya Piah Samat, 74, berkata, ini kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis, lapor Harakahdaily.

"Tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat," beliau dipetik sebagai berkata.

“Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang Satu (Allah), nak minta tolong pada siapa lagi,” beliau dipetik sebagai berkata dengan nada sebak.

Akhbar web PAS itu melaporkan Piah sebagai berkata demikian ketika menerima lawatan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Bukit Gantang semalam.

Harakahdaily juga melaporkan Piah sebagai berkata, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, penduduk kampung sekitarnya datang memberi sokongan.

“Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa orang,” katanya sambil menitis air mata, lapor  
 
Harakahdaily.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.