Followers

Thursday, January 15, 2015

Surat tentang Phua: Kabinet dengar penjelasan Zahid

  
Kabinet mendapat penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung suratnya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan berkaitan dengan Paul Phua, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman.


Anifah berkata, Zahid telah menjelaskan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

"Kita telah pun mendengar penjelasan diutarakan oleh beliau dan kita telah pun setuju menerima penjelasan-penjelasan yang telah pun diberikan," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan penjelasan yang diberikan oleh Zahid dan sebaliknya meminta wartawan bertanya sendiri kepada menteri dalam negeri itu.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.