Followers

Friday, January 9, 2015

Sri Ram diarah tinggalkan firma semasa kendali kes rayuan liwat Anwar

 Bekas Hakim kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang menimbulkan kekecohan apabila muncul di mahkamah Oktober lalu untuk mengetuai pasukan pembelaan dalam perbicaraan akhir rayuan sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipaksa meninggalkan firma undang-undang Soo Thien Ming & Nashrah semasa pendengaran berlangsung, kata sumber. Sumber memberitahu

The Malaysian Insider, Sri Ram, 71, bagaimanapun kekal sebagai peguam Anwar sehingga rayuan kes liwat itu diputuskan. "Ia tidak jelas sama ada Sri Ram diarahkan berhenti kerana tekanan luar digunakan terhadap firma itu kerana muncul dalam kes profil tinggi Anwar atau rakan kongsi ketakutan apabila melihat perunding mereka mempunyai peranan langsung dalam kes itu," kata sumber berkenaan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu menyertai Soo Thien Ming & Nashrah sebagai perunding tidak lama selepas bersara pada 2010.

Firma undang-undang yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu menguruskan hal litigasi dan pemindahan hak dan pelanggan, termasuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan serta institusi kewangan.

Rakan kongsi pengurusan Soo Thien Ming tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen kerana berada di luar negara. Sri Ram, ketika dihubungi enggan mengulas berkenaan hal itu tetapi berkata beliau menubuhkan syarikat sendiri pada bulan lepas.

Katanya, beliau kini mempunyai lebih fleksibiliti dan boleh mengambil sebarang kerja yang dipilih. "Selepas kes Anwar, saya membuat keputusan amalan yang saya terlibat dalam membawa banyak konflik.

Oleh itu, saya tidak boleh hadir sebagai peguam atau memberi nasihat di firma (sebelumnya) terbabit," katanya.

Rayuan kes Anwar di Mahkamah Persekutuan yang bermula pada 28 Oktober menyaksikan Sri Ram berhadapan dengan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang diberikan lesen sementara sebagai timbalan pendakwa raya.

Rayuan Anwar ialah kes pertama bagi Sri Ram sejak beliau bersara sebagai hakim selepas lapan hari berhadapan panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Dalam temubual bersama The Malaysian Insider tidak lama selepas pendengaran Mahkamah Persekutuan itu, Sri Ram ketika ditanya apa yang membuatkan beliau mengambil kes rayuan liwat Anwar berkata: "Saya seperti teksi dan mesti berkhidmat kepada mana-mana penumpang yang menahan saya."

Beliau berkata akan mewakili sesiapa sahaja dalam kes jenayah asalkan tidak ada konflik kepentingan. Sri Ram yang membuat keputusan bagi kes jenayah dan sivil yang sering dipetik peguam, juga berkata beliau mengambil kes ketua pembangkang itu seolah-olah "kehidupan dan kebebasan" beliau turut terlibat.

Pada awal Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun, tetapi mahkamah memberi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Kerjaya politik Anwar sebagai wakil rakyat akan berakhir jika Mahkamah Persekutuan menyokong keputusan Mahkamah Rayuan kerana beliau akan hilang kelayakan jawatan jika didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
KEZALIMAN KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB SEMAKIN TERSERLAH !

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.