Di mana berakhirnya Sirul yang telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah kerana terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya?
Jika pesawat MH370 dikatakan oleh Najib berakhir di Lautan Hindi hingga sekarang tidak dijumpai, berakhir di mana Sirul?
Diberitakan Sirul berakhir di Australia. Kerajaan Australia dikatakan enggan menyerahkan Sirul kerana mereka tidak iktiraf hukuman bunuh. Ertinya Kerajaan Australia seperti ada hak pula atas undang-undang di negara ini.
Atau, mereka tahu kisah sebenar kes Altantuya? Tidak mustahil Sirul di sana telah menceritakan segala-galanya kejadian bunuh Altantuya kepada Kerajaan Australia.
Tidak mustahil 'rahsia besar' negara ini telah pun berada di dalam poket Kerajaan Australia. Apakah selepas ini pemimpin negara kita akan dijadikan lembu dicucuk hidung oleh Australia sekiranya 'rahsia besar' ini tidak mahu tersebar?
Sebelum Sirul, ada banyak lagi kes 'ghaib' di dalam negara kita. Raja Petra masih menjadi buruan tetapi bebas nampaknya mengeluarkan kenyataan dari luar negara.
Seperti tiada usaha untuk mencari Raja Petra. Maklumlah, bukankah Raja Petra kini telah anti Anwar? Tidak suka Anwar ertinya suka kepada rejim sekarang.
Suka pada rejim anda boleh selamat. Ayah Pin sampai sekarang masih hero. Pihak berkuasa tidak mampu menandingi kehebatan Ayah Pin.
Beliau masih bebas sekarang. Mungkin Ayah Pin bukan penyokong PR maka bererti beliau juga pro rejim. Pro rejim adalah lesen besar untuk selamat. Sebab itu aku tidak pernah percaya pasukan keselamatan kita hebat sangat.
Orang tua seperti Ayah Pin lebih hebat. Kita mahu tonton sampai bila drama Sirul akan berakhir. Aku dapat rasakan tidor malam Najib sering terganggu selagi Sirul tidak ditamatkan segera.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.