Followers

Wednesday, January 28, 2015

Pergilah PasMa ke parti lain, halau Hadi


 
 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalau PasMa - NGO yang digerakkan anggota parti itu - jika tidak berpuas hati dengan tindakan PAS dalam Pakatan Rakyat. 

Memberi amaran supaya PasMa tidak membocor dan merosakkan "bahtera" PAS, dengan nada lebih sinis, Hadi mengumpamakan NGO itu sebagai penebuk kapal dan menegaskan perjuangan PAS tidak sama dengan PKR dan DAP.

"Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham.

"Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini.

"PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.

"Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera Umno," kata beliau dalam laman Facebooknya kelmarin.

Inilah bahtera PAS

Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. 
PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. 
Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO.

Dalam bahtera PAS, ia menggabungkan pelbagai kepakaran, ada yang bahagian kejuruteraannya, ada bahagian enjinnya, ada bahagian kemudinya dan sebagainya. 
Inilah PAS yang tidak membezakan kepelbagaian penggerak penggeraknya. Justeru tidak timbul pertembungan antara ulamak dan professional kerana PAS terbuka menerima sesiapa sahaja, asalkan memperjuangkan Islam.

PAS meraikan kepelbagaian pandangan yang dibatasi dengan syarak. Di dalam perlembagaan PAS, meletakkan al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang undang tertinggi dalam menentukan sesuatu pendirian. 
Para ulamak yang pakar dan berkebolehan dalam merujuk kitab kitab ulamak terdahulu, serta kepakaran mereka dalam bidang syariat, dihimpunkan di dalam Majlis Syura Ulamak bagi memandu PAS agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.

Kita bukanlah Rasulullah SAW yang mendapat wahyu secara langsung daripada Allah. Kita juga bukanlah Imam Syafie RA, yang pakar dalam segenap ilmu dan kefahaman yang mampu berijtihad.
Akan tetapi, kita menggabungkan para ulamak yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman.

Contohnya PAS pernah bersidang bersama para ulamak sedunia, manakala wakil PAS yang hadir ketika itu ialah Tuan Guru Presiden, Almarhum Ustaz Harun Taib, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato Mustafa Ali.
Iaitu berbincang tentang hubungan dengan Non Muslim, yang mana telah digariskan oleh Islam sebanyak 8 bentuk, antaranya tahaluf, hudnah dan sebagainya, selari dengan keperluan semasa dan penerimaan masyarakat.

Begitu juga pada 1960 dan 1961, ketika itu Dr Zulkifli Mohamad pernah mencadangkan agar mewujudkan keahlian bersekutu kepada non-muslim.
Ketika itu masyarakat belum dapat menerima lantas beliau menerima ugutan, kenderaannya ditahan dan sebagainya kerana cetusan beliau ketika itu tidak dipersetujui oleh tok tok guru pondok.
Beliau mengambil pendekatan berundur daripada cetusan tersebut bagi meraikan penerimaan masyarakat semasa.

Begitu juga perbezaan antara Imam Haramain al-Juwaini RA dan Imam Mawardi dalam beberapa permasalahan berkaitan non muslim. Imam Haramain menetapkan ijtihadnya berdasarkan realiti setempatnya ialah sekitar Mekah dan Madinah yang mana hampir kesemua penduduknya beragama Islam.
Manakala Imam Mawardi yang tinggal di Iraq berhadapan dengan masyarakat majmuk.

Markas Air Kuning, Taiping
25.01.2015 -HD


PETIKAN KOEN-KOMEN





ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang-panjang, tetapi yang jelas dan nyata suara siapa sebenarnya yang kini mirip kepada perjuangan UMNO? PasMA atau Hj Hadi sendiri? Tengok saja isu PBT. Haji Hadi dan kumpulannya mendapat sokongan dan dokongan penuh dan menteri dan media UMNO.... tak begitu?

Kedua pasal "tebuk kapal". Gelihati pula dengan analogi sedemikian digunakan oleh Presiden. Maaf cakap, cukup rendah IQ dan cukup memalukan. Kita tanya semula, siapa yang tebuk kapal Pakatan Rakyat kalau bukan Presiden PAS sendiri yang tak datang mesyuarat Majlis Presiden PR dan yang sering membuat U-turn semasa membuat keputusan? Siapa yang kena heret ke kandang orang bersalah kerana mengeluarkan perkataan berunsur fitnah tentang pil kuda? Siapa yang mengaibkan presiden parti PKR?

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di awal penghakimannya berkata :
"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

Itu taraf Presiden PAS yang ada kini. Mahkamah memutuskan Presiden PAS memang memfitnah! Cukup memalukan.... itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan......

Beginilah... kalau dah suka parti-parti PKR dan DAP silalah bawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. GB rasa PKR dan DAP tidak kisah jika kumpulan Haji Hadi keluar PR kerana bukan semua ahli PAS bersetuju dengan Presiden PAS itu. 
 
Malah tidak keterlalauan GB katakan lebih dari separuh ahli parti mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan kerana semua tahu bahawa yang akan melawan UMNO BN bukan PAS secara sendirian tetapi Pakatan Rakyat. 
 
Malah Haji Hadi sendiri di dalam ucapan penutup Muktamar yang lepas turut menyatakan mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat. Kalau tak suka kenapa sibuk suruh perkukuhkan PR?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Kita sama-sama nantikan siapa sebenarnya yang akan terhalau dan tercampak keluar dari PAS nanti.... PasMAkah atau Hj Hadi bersama UGkah... 
 
Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.