Followers

Monday, January 26, 2015

NGO Switzerland mahu RCI siasat Cahya Mata Sarawak milik keluarga Taib Mahmud.

 
 
Cahya Mata Sarawak adalah syarikat bekas milik negeri yang mempunyai beberapa siri monopoli lumayan, terutamanya dalam pengeluaran simen dan keluli, yang jatuh ke tangan keluarga Tun Abdul Taib Mahmud. 

Salah satu pengkritik tegar Tun Abdul Taib Mahmud, kumpulan advokasi hutan hujan berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF), menggesa Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengkaji penswastaan sebuah konglomerat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang dikaitkan dengan keluarga gabenor Sarawak itu dan memulakan prosiding jenayah terhadap ahli keluarga beliau yang terlibat dalam syarikat itu. 

BMF, dalam apa yang digelarnya "laporan penyelidikan baru tergempar" mahu RCI menyiasat kesahihan penswastaan Cahya Mata Sarawak (CMS), sebuah syarikat bekas milik negeri yang mempunyai beberapa siri monopoli yang lumayan, terutamanya dalam pengeluaran simen dan keluli, yang jatuh ke tangan keluarga Taib itu. 

BMF, mendakwa ia membongkar satu "rasuah sistematik" dan menunjukkan bagaimana Taib – ketika beliau masih memegang jawatan ketua menteri – "menghasilkan keuntungan besar bagi CMS melalui pemberian kontrak negeri, membuatkan keluarganya menjadi penerima terbesar kontrak awam di Sarawak", juga mahu semua saham yang dipegang ahli keluarga itu dalam syarikat tersebut dibekukan. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.