Isu K-Pop: Kerajaan lemah pantau hiburan luar
SHAH ALAM – Isu aksi melampau peminat K-Pop baru-baru ini dilihat
sebagai satu bukti bahawa kerajaan kini lemah dalam memantau dan
mengawal bentuk hiburan yang dibawa dari luar untuk menjadi tontonan
remaja negara ini.
Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, penganjur dan penonton sama sekali tidak boleh disalahkan selepas perkara ini telah terjadi.
" Jangan bila rumah siap maka pahat berbunyi. Kerajaan patut menyalahkan agensi-agensinya yang bertanggungjawab mengawal selia dan memproses kelulusan kemasukan kumpulan penghibur ke negara ini.
"Kalau Jakim dan KDN boleh menyekat kemasukan pendakwah yang dianggap merbahaya kepada aqidah umat Islam di negara ini, mengapa sekatan yang sama tidak boleh dikenakan kepada kumpulan penghibur? Jangan jadi 'double standard' dalam mengambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan yang sama Mustapha berkata, pihaknya amat khuatir dengan pengaruh hiburan melampau kerana didakwa akan memburukkan masalah sosial dan moral generasi muda Islam di negara ini.
" Hampir semua stesen TV memaparkan program hiburan melampau ini hampir setiap hari.
"Sekali gus ia membuktikan orang Melayu suka kepada hiburan dan kuat berhibur. Fenomena ini amat membimbangkan dan kalau tidak dipantau dan dikawal akan menjadi lebih buruk," katanya.
Mustapha berkata, KDN, Jakim dan semua pihak yang bertanggungjawab mengawal selia serta program hiburan artis luar digesa supaya mengambil langkah lebih pro-aktif.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.