Followers

Wednesday, January 28, 2015

Muak sandiwara PAKATAN RAKYAT


pakatan_breaks_400
JAYA: Episod kecam mengecam, tuduh menuduh, halau menghalau hingga tahap saman-menyaman tanpa kesudahan boleh diibaratkan sebagai satu drama sandiwara dalam pakatan pembangkang yang amat memualkan

Justeru tegas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jaafar tindak tanduk parti-parti pembangkang ini seharusnya menjadi cerminan kepada rakyat apakah pakatan ini boleh diletakkan harapan untuk menjadi pentadbir di Putrajaya.

“Nampaknya bukan hanya sekadar rakyat mereka mahu tipu malah sesama sendiri pun mahu bermain wayang. Jelas masing-masing ada agenda tersendiri.

“Hakikatnya masing-masing cuba bermain helah antara satu sama lain. Mereka hanya tidur serumah, sebilik dan sebantal namun mimpi pula lain-lain,” lapor UMNO-Online.

Tambahnya, sebab itulah kita tidak pelik dengan tindak-tanduk mereka baik daripada pimpinan Pas mahu pun Dap atau PKR itu sendiri kerana itu adalah budaya mereka,.

Mengulas lebih lanjut Jamawi yang juga Ketua Pemuda Tenom seterusnya berkata, jika budaya sedemikian diteruskan ianya kelak bakal memakan diri mereka sendiri sekaligus membuka pekung yang sebenarnya.

“Kita dah lali dalam drama sandiwara sedemkian rupa dan kita juga percaya rakyat pula sudah muak dengan gaya atau pendekatan politik murahan seumpama ini,” ujarnya. FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.