Followers

Tuesday, January 27, 2015

Maklumat 'sangat kritikal' akan didedahkan?


Bestinet: Patutlah semua urusan dipaksakan ini sebabnya.

PKR dedah seorang lagi individu berpengaruh dalam Bestinet Published

PM Selepas seminggu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Azmi Khalid berdiam diri mengenai penglibatan mereka dalam Bestinet, PKR mendedahkan seorang lagi individu penting dalam syarikat itu.

Dua wakil rakyat PKR hari ini mendedahkan selain Azmi, seorang lagi pengarah penting Bestinet ialah Datuk Tengku Omar Tengku Bot (gambar) yang merupakan bekas pengarah Jabatan Tenaga Kerja dan mempunyai hubungan rapat dengan Azmi.

"Mereka mempunyai kepentingan bersama dalam syarikat lain seperti Raffles Care. Selain itu, melalui penguasaan sebuah syarikat JR Joint Resources Holding Sdn Bhd, Tengku Omar menguasai lebih 99% syarikat Bestinet.

"Bestinet bukan saja akan mengaut keuntungan besar melalui penguasaan monopoli e-Visa Dengan Rujukan (e-VDR) dan Bio-Metrik, tetapi juga bakal meningkatkan kos pengambilan pekerja asing.

"Apabila penambahan kos ini tidak dipantau, ia akan mendedahkan pekerja asing kepada risiko eksploitasi dan pemerdagangan manusia," kata Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Semambu Lee Chean Chung.

Dua wakil rakyat PKR itu berkata, Zahid dan Azmi perlu menjelaskan peranan mereka dalam Bestinet jika tidak mahu maklumat "kritikal" didedahkan. "PKR sudah memberikan tempoh seminggu kepada Zahid dan Azmi, malangnya, menteri dan bekas menteri sama-sama membisu atas isu tersebut.

"Kami mencabar Zahid dan Azmi tampil memberikan penjelasan dalam 24 jam dan jika tidak, kami akan mendedahkan satu maklumat lanjut yang 'sangat kritikal'," katanya.

Mulai 15 Januari, semua pemeriksaan kesihatan pekerja asing di negara sumber dan permohonan VDR tidak boleh diuruskan di kaunter Jabatan Imigresen sebaliknya perlu dilakukan sepenuhnya secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat yang dibangunkan Bestinet.

Semua pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber pekerja asing juga wajib menggunakan sistem Bestinet yang mencetuskan ketegangan dengan agensi tenaga kerja asing.

Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.