Tangkapan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya sebentar tadi.
Menurut saksi yang tinggal berhampiran dengan surau tersebut, kejadian tersebut telah berlaku dua kali sejak semalam apabila dikatakan lelaki tersebut telah melempar bom petrol di atas bumbung surau pada pukul 2.45 pagi semalam.
"Kejadian ini telah disedari jemaah yang masih berada disurau yang telah menyergah suspek yang menyebabkan suspek terus melarikan diri dengan sebuah motosikal dan satu laporan polis dibuat," terangnya.
Pihak PDRM hari ini telah manghantar anggota dari bahagian forensik Bukit Aman untuk menyiasat perkara ini.
"Semasa siasatan dibuat tengahhari tadi oleh bahagian forensik PDRM lelaki tersebut dikatakan datang kembali dengan sebuah motosikal dan dia tidak sedar akan kehadiran pihak polis sebelum itu. Suspek cuba membaling bom petrol sekali lagi tetapi tidak sempat kerana ternampak anggota polis didalam surau."
"Beliau cuba berpatah balik tetapi telah dihalang oleh penduduk berdekatan surau yang menyepak motosikal tersebut menyebabkan suspek jatuh dan telah berjaya diberkas," katanya.
Suspek telah dibawa ke balai dan pihak polis masih menyiasat motif kejadian ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.