Saiful dakwa TV3 beri banyak liputan kepada Anwar
Gambar
perbualan isteri Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan majikannya berhubung
tugasan liputan pemimpin PKR menerusi aplikasi Whatsapp yang disiarkan
di blog Saiful.
Gambar daripada www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com, 19 Januari, 2014.
Mohd
Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat II membabitkan Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan isterinya, Nik Suryani
Megat Deraman berhenti kerja daripada stesen televisyen TV3 kerana
tidak berpuas hati selepas diberi arahan membuat liputan ke atas PKR
dalam menyerang bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
Dalam tulisan di blognya, Saiful mempertikaikan ruang yang diberikan stesen televisyen swasta tersebut kepada pemimpin PKR untuk menyerang bekas menteri Kabinet zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
"Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke?
Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?" katanya dalam blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Saiful juga menyertakan bersama salinan perbualan WhatsApp mendedahkan isterinya menerima arahan daripada seorang pengarang supaya membuat liputan ke atas pemimpin PKR.
"Di sini saya sertakan bukti arahan 'MUST COVER AND USE' yang diberikan TV3 oleh seorang editor kepada isteri saya, yang datangnya dari big bos Datuk Ashraf Abdullah pada hujung November lepas untuk attack Tun Daim. Ingatkan sekali itu saja, rupanya makin menjadi-jadi," katanya.
Saiful berkata, isterinya mengambil Skim Pemisahan Sukarela (MSS) pada Disember tahun lepas, antara puncanya kerana enggan bekerja dengan majikan yang memihak kepada pihak lawan.
"Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan sidang media Shamsul Iskandar Mohd Akin - Ahli Parlimen PKR, untuk tikam tokoh yg beliau sendiri hormati.
"Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walaupun tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip," katanya.
Kebelakangan ini, TV3 dan "cyber troopers" mula menyerang tokoh utama Umno tersebut, membangkitkan isu mengenai skandal bank yang dimilikinya di luar negara.
Penulis blog pro Umno melaporkan yang Daim diserang "cyber troopers" yang berkait dengan Najib kerana mengkritik Putrajaya dalam mengendalikan ekonomi negara.
Daim, serta Dr Mahathir mengkritik hebat pentadbiran Najib dalam menangani ekonomi dan politik negar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.