Followers

Friday, January 9, 2015

Layak Kah Ibrahim Ali ??

Tok Him: Tesis Lemiere layak 'dijambankan'

 
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau akan menolak tesis doktor falsafah (PhD) penyelidik politik Perancis Sophie Lemiere jika beliau menjadi pemeriksa kepada kajian ahli akademik itu.

Veteran politik itu menyifatkan penulisan Lemiere "berat sebelah" dan "tidak boleh dipercayai" sehingga didakwanya "layak diletakkan dalam jamban".

Sungguhpun begitu, beliau tidak berasa "tersinggung" sama sekali dengan kenyataan Lemiere yang menyifatkan PERKASA itu tidak sepatutnya mendapat liputan media meluas seperti sekarang.

"Ia satu pengiktirafan kepada saya, sekalipun ia datang daripada seseorang yang tidak dikenali dan tiada kelas.

"Namanya Lemiere. Bagi saya, beliau seperti kucing. Mengapa beliau tidak menjemput saya ke forum itu? kata Ibrahim dalam SMS kepada Malaysiakini petang ini.

Ibrahim (atas) mengulas kenyataan Lemiere yang menyifatkan beliau “genius berkomunikasi" walaupun kumpulan sayap kanan itu tidak sepatutnya mendapat liputan meluas dalam media seperti sekarang.

Ini kerana media memberi ruang yang cukup besar kepada PERKASA dan apa sahaja yang mereka ucapkan mendapat liputan luas berbanding organisasi lain, kata Lemiere.

"PERKASA cukup bagus dalam strategi komunikasi," kata Lemiere dalam forum bertajuk “Misplaced Democracy: State, Illegality and Political Violence” di Petaling Jaya kelmarin.

"Komunikasi yang digunakan oleh organisasi ini ialah membuat 'rampasan media' yang mana sesuatu yang kontroversi diperkatakan dan media pasti membuat liputan setiap hari.

Beliau turut melancarkan buku yang disuntingnya bertajuk Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People' dalam majlis yang sama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.