Followers

Friday, January 9, 2015

Lapor polis isu gambar PM di kampit beras




Satu NGO bawah pemuda Umno, Briged Kesatria Muda Malaysia membuat laporan polis ke atas Malaysiakini dan penulis blog Syed Akbar Ali ekoran penyiaran gambar menunjukkan kampit beras dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NGO tersebut, Briged Kesatria Muda Malaysia mendakwa gambar tersebut “dimanipulasi” untuk menunjukkan wajah Najib dan seorang lagi anggota kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri dilekatkan di kampit beras tersebut.

Gambar berkenaan pada mulanya disiarkan oleh blogger pro-Umno, Syed Akbar dalam blog syedsoutsidethebox.blogspot.com.

“Gambar dan kenyataan tersebut kemudiannya telah disensasikan oleh Malaysiakini dengan beberapa artikel yg tidak benar dan bohong hingga meyebabkannya tersebar dan (menimbulkan) tanggapan yang salah dalam masyarakat.

“Laporan ini dibuat kerana saya menyangkal kenyataan yang dibuat Syed Akhbar Ali dan Malaysiakini dalam portal mereka kerana mereka telah menyebar fitnah yang telah menjatuhkan maruah dan tanggapan masyarakat yang salah terhadap saya.

“Laporan ini juga dibuat untuk tindakan mahkamah dalam menuntut keadilan bagi membersihkan nama saya, Briged Kesatria Muda Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” laporan itu dipetik.

Syed Akbar menyiarkan gambar itu dalam tulisannya yang mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani banjir.

Malaysiakini menghubungi Ismail Sabri untuk mendapatkan pengesahan bahawa kementeriannya menggunakan gambar beliau dan juga gambar PM pada bantuan berkenaan, dan mendapatkan komen beliau ke atas kritikan yang timbul dalam isu tersebut.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Ismail Sabri berkata: “Tak apalah mereka hendak kecam.

"Yang penting barang-barang daripada MOA (kementerian pertanian) itu sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka,” katanya melalui SMS.

Menteri tersebut tidak menafikan mengenai gambar tersebut, yang turut dihantar kepadanya melalui aplikasi Whatsapp.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.