Followers

Tuesday, January 13, 2015

KES ALTANTUYA : Kedua Bekas Komando Polis Ke Tali Gantung ?

Mahkamah Persekutuan Jatuhkan Hukuman Mati Kepada Pembunuh Altantuya


Dua bekas komando polis dijatuhkan hukuman mati hari ini selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan kes Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dengan dakwaan yang membawa hukuman maut itu.

"Mahkamah Rayuan tersilap dalam mengenepikan keputusan mahkamah sebelum ini dan membebaskan mereka," kata Suriyadi yang merupakan salah seorang daripada panel lima hakim.

Pada 23 Ogos, 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul serta membebaskan mereka.

Azilah tidak menunjukkan apa-apa perasaan semasa keputusan dibacakan sementara Sirul tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Tun Abdul Majid Tun Hamzah memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan permohonan itu diterima. 

Empat tahun sebelum itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaki Mohd Yassin mendapati mereka berdua bersalah dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Bukti dalam mahkamah mendedahkan yang penterjemah Mongolia itu sama ada dibunuh dengan peledak C4 ataupun dibunuh terlebih dahulu sebelum diledakkan pada 18 Oktober, 2006, di pinggiran luar Shah Alam berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa memanggil mereka untuk membela diri.

Bagaimanapun, pihak pendakwa tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.