Followers
Wednesday, January 21, 2015
Kalau betul tak minat, belah ajerlah......
Kalau benar-benar tak minat lebih baik belah daripada buka pekung yang busuk dan otak kolot pada khalayak melalui media
Kalaulah bertekak dengan cara berdepan (debat) adalah lebih baik kerana rakyat boleh menilai dengan bebas Di bawah ni kata Phahrolrazi. Entah hanya tuduhan atau benar tak tahulah.....
Orang politik seperti Phahrolrazi yang ada sejarahnya, bukannya boleh dipakai sangat! 'Hadi macam tak minat dengan Pakatan' mk -1:46PM - 21 Jan 2015 Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) mendakwa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah “tak berminat lagi" berada dalam Pakatan Rakyat kerana kerana enggan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan parti itu.
Jawatankuasa tersebut masih belum bermesyuarat sejak pilihan raya umum pada Mei 2013. DAP pula berkeras agar Hadi hadir sendiri ke mesyuarat tersebut dan tidak menghantar wakil.
"Saya tengok (beliau) macam tak minat lagi dalam Pakatan Rakyat kerana sudah ada perbezaan pendapat.
“Tiga isu yang mereka tak boleh satu pendapat. Dulu ada juga perbezaan pendapat tetapi tak begitu besar, boleh diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekarang tak ada siapa.
"Ketua parti kena hadir mesyuarat tu, sebab bila beliau hadir, dia akan iltizam pada keputusan-keputusan yang dibuat," kata ADUN PAS Pengkalan Kundor itu.
"(Ia) lebih baik dari hantar orang bawahan, dia tak boleh buat keputusan. Dan kena tangguh dulu (keputusan). Jadi masalah dan melambatkan proses (membuat keputusan)," katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini pada Isnin.
Hubungan Hadi dengan rakan dalam Pakatan dilihat retak apabila beliau tidak bersetuju dengan keputusan PKR untuk mencalonkan Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Phahrolrazi menyifatkan perkara tersebut sebagai "salah faham" yang mana ia dengan mudah dapat diselesaikan jika pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat dengan teratur. Pakatan lemah
Beliau turut mengeluh mengenai kelemahan Pakatan selepas pilihan raya umum lalu. Katanya, gabungan parti pembangkang itu perlu lebih tersusun, sebagai organisasi berdaftar supaya dapat menyertai pilihan raya umum akan datang di bawah satu lambang.
"Rakyat nak lihat Pakatan yang wujud. Mesyuarat pun dah tak ada, mungkin dalam konvesyen PasMa akan diutarakan perkara ini. "(Iaitu) supaya Pakatan (Rakyat) wujud sebagai satu pertubuhan yang ada struktur untuk hadapi politik dan dapat keyakinan dari rakyat," katanya.
Bekas exco Kedah itu berkata pengundi juga mahu melihat kepimpinan yang ditawarkan dan pakatan pembangkang itu mesti bersedia untuk menamakan calon perdana menteri dan barisan Kabinet untuk menguasai Putrajaya.
"Orang tak mahu tengok (Pakatan) masuk (Putrajaya) dengan cara masing-masing – tak boleh. Keyakinan rakyat tak boleh dapat dengan cara itu," katanya.
Menurutnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tewas dalam rayuan kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan yang mungkin menyebabkan ketua pembangkang itu berdepan hukuman penjara yang panjang.
Kritikan lantang para pemimpin PAS, terutamanya ke atas peranan parti itu dalam krisis MB Selangor menyebabkan Hadi berhati-hati dengan PasMa, malah menyifatkan persatuan itu sebagai "spesies yang entah dari mana".
Naib Presiden Datuk Husam Musa turut menafikan terlibat dengan NGO itu, dan PasMa pula berulang kali menafikan bahawa mereka mempunyai rancangan untuk menjatuhkan PAS.
PasMa terus berusaha untuk bekerjmencari kerjasama dengan DAP dan PKR, Phahrolrazi merasakan sia-sia untuk bertemu Hadi kerana beliau telah melarang ahli PAS menyertai PasMa.
“Saya telah beberapa kami bertemu dengan beliau ketika PAS memerintah di Kedah dan memberi amaran bahawa kita akan kehilangan negeri ini sekiranya (Allahyarham bekas) menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak terus memerintah, tetapi presiden (Hadi) tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dan kami hilang Kedah,” katanya.
Phahrolrazi, yang disebut-sebut untuk menggantikan Azizan pada 2012, menolak pelantikan semula dalam exco negeri sebagai tanda protes.
Bagaimanapun, PAS waktu itu memutuskan agar Azizan kekal sebagai MB, manakala Phahrolrazi dipujuk untuk terus kekal dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri.
“Hadi menyerang PasMA sebelum kami dapat berjumpa dengannya (Hadi), tetapi sekiranya beliau mahu bertemu dengan kami, kami tetap sanggup berjumpa dengannya,” tambahnya lagi.
Posted by mountdweller
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.