Pelawak terkenal, Yassin dan keluarganya dikatakan enggan melunaskan sewa bulanan rumah yang diduduki di Damansara.
Akibatnya, selepas lima bulan bersabar,
tuan rumah mengambil keputusan untuk mengunci rumah tersebut serta merta
dan barang-barang rumah pelawak yang juga merupakan ahli kumpulan SYJ
(baru tersingkir Maharaja Lawak Mega, minggu lalu) itu sudah dilelong
akibat kegagalannya membayar sewa rumah.
Ekoran tindakan tuan rumah itu, Yassin dan keluarganya memang tidak sempat mengambil apa-apa barang dalam rumah tersebut.
Tuan rumah menyangkakan Yassin akan
menghubunginya dan selepas itu untuk berbincang soal tunggakan yang
bernilai lebih RM30,000, namun sangkaannya meleset.
Hanya selepas dua bulan, baru Yassin
menghubunginya untuk bertanyakan mengenai barangan rumah yang
ditinggalkan itu.
Bagaimanapun, kelewatan Yassin itu hanya merugikannya
memandangkan tuan rumah telah mengambil keputusan melelong semua
barang-barang yang ditinggalkan.
Disebabkan tunggakan hutang Yassin, tuan
rumah terpaksa menjual rumahnya sebelum pihak bank menyita kediaman
jenis kondominium itu.
Daripada menanggung hutang yang
berlambak, ada baiknya dia melelong isi rumah yang ditinggalkan, boleh
juga dibuat duit belanja bayar itu ini walaupun jumlah yang diperoleh
tidaklah seberapa.
Kepada Yassin, seelok-eloknya selesaikan
hutang tersebut. Difahamkan sewa rumah itu hanya RM1,450 sebulan,
mustahil untuk seorang pelawak terkenal seperti Yassin tidak mampu
membayarnya?
sumber: Utusan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.