Tahukah bahawa seks dalam hubungan suami isteri sebenarnya boleh memanjangkan hayat kalian?
Ketahui 10 sebab hubungan seks boleh memanjangkan hayat seseorang.
Seks hindari demam dan selesema.
Menurut kajian yang telah dijalankan di Universiti Wilkes, Amerika Syarikat, suami isteri yang sering melakukan hubungan seks dalam seminggu boleh meningkatkan jumlah Antibody Immunoglobulin A dalam badan.
Ini bermakna antibodi dalam badan mereka lebih aktif berbanding mereka yang kurang melakukan hubungan seks dalam masa seminggu.
Seks Kurangi Risiko Penyakit Jantung.
Kajian menunjukkan bahawa pasangan suami isteri yang aktif melakukan seks lebih panjang umur dari mereka yang tidak aktif dengan seks. Seks boleh mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan penyakit yang berkenaan dengan jantung yang lain.
Seks Seimbangkan Tahap Hormon.
Seks membantu dalam memberikan hormon yang sihat serta melancarkan kitaran haid bagi wanita. Bahkan ia juga boleh mengurangkan simptom negatif menopause.
Seks Sembuh Sakit Kepala dan Kurangi Sakit Fizikal.
Ketika hubungan seks, hormon oxytocin dibebaskan dalam badan serta oxytocin juga mengurangkan rasa sakit yang anda alami.
Seks Kurangi Stress dan Tekanan dalam Darah.
Kebaikan bebasnya oxytocin ketika hubungan seks, ia dapat merehatkan sistem saraf agar stress juga terhindar. Seks juga membantu dalam mendapatkan tidur yang baik.
Seks Kurangi Risiko Kanser Payudara
Bagi wanita yang sudah berkahwin mungkin ini satu cara untuk anda mengurangkan risiko terkena penyakit kanser payudara.
Ini kerana kajian yang telah dilakukan warga Barat mendapati bahawa wanita yang sering melakukan hubungan seks bersama suami berisiko rendah untuk mendapat penyakit kanser yang membawa maut itu berbanding wanita yang kurang melakukan hubungan seks.
Seks Tingkatkan Kawalan Pundi Kencing.
Hubungan seks sebenarnya sekaligus dalam melakukan senaman otot Kegel. Otot ini jugalah yang mengawal pengaliran air kencing dari badan. Jadi, hubungan seks membantu dalam melancarkan dan menjaga pundi kencing dari bermasalah.
Seks Bakar Lemak.
Seks melancarkan peredaran darah dan memastikan jantung berdenyut. Boleh dikatakan seks seperti satu senaman untuk yang sudah berkahwin.
Walaupun ada yang mengatakan bahawa seks tidak membakar kalori yang terlalu banyak tetapi sekurang-kurangnya ia boleh membakar kalori dalam badan berbanding dengan hanya duduk menonton televisyen.
Seks Kurang Risiko Kanser Prostat.
Di Australia, kajian telah dilakukan dalam mengkaji lelaki yang sering mencapai ejakulasi dalam seks ketika umur 20 hingga 50 tahun, mereka kurang berisiko untuk mendapat kanser prostat.
Seks Meningkatkan Keyakinan Diri dan Memperbaiki Mood.
Kajian mendapati hubungan seks yang baik membawa ke arah kepuasan yang berpanjangan dari segi mental seseorang dan menggalakkan keberanian seseorang untuk berkomunikasi dengan lebih jujur dan intim.
Dari segi kata lain, suami isteri yang melakukan seks lebih baik dalam menonjolkan diri mereka di khalayak ramai.
Eh.com.my.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.