Followers

Monday, January 26, 2015

Hentikan perang saraf Najib-Dr Mahathir, hanya lemahkan Umno, kata Khairy OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin merasakan 'perang' antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan melemahkan Umno sebelum PRU14.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin merasakan 'perang' antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan melemahkan Umno sebelum PRU14

Perang saraf di antara kumpulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dihentikan segera kerana ia hanya akan melemahkan Umno, kata Khairy Jamaluddin.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjelang beberapa tahun lagi, maka pihak yang berkenaan digesa menghentikan polemik yang boleh melemahkan parti Melayu itu.

“Pemuda berpendirian kita perlu kuatkan Umno dan kita tak mahu lihat ada masalah dalaman yang boleh jadi masalah bagi kita yang boleh lemahkan Umno.

“Bukan tempat kita memberikan nasihat, cuma harapan kita sebagai orang muda dalam Umno, jangan kita menimbulkan polemik yang boleh melemahkan parti.

“Kita bersedia untuk kerja kuat sebab pilihan raya tak lama lagi. Jadi, seelok-eloknya masalah seperti ini sekiranya wujud, dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini. – 26 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.