Followers

Monday, January 19, 2015

Gayanya Macam Khir Toyo Akan Dibebaskan ?



Pasukan pendakwaan mengakui terdapat kesilapan dalam pertuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo.

Timbalan pendakwa raya (DPP) Mohd Masri Daud berkata pihak pendakwaan hanya menyedari perkara itu apabila masuk ke peringkat rayuan.

“Bagaimanapun, ia tidak bermaksud pasukan pembelaan ditipu atau berlakunya kesilapan mahkamah (miscarriage of justice),” kata Masri kepada Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.

Katanya, Khir juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor semasa menjadi menteri besar.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini membangkitkan bahawa anak guamnya dituduh menyalah guna kedudukan sebagai menteri besar untuk mendapatkan tanah dan harta tanah bawah harga pasaran.

Bagaimanapun, tambah peguam, perbicaraan itu merujuk kedudukan Khir sebagai pengerusi PKNS.

Shafee berkata, pihak pendakwaan tidak meminda pertuduhan sepanjang perbicaraan dan menuduhnya sebagai seorang bekas menteri besar dan mewujudkan kesan prejudis terhadap Khir untuk mendapatkan perbicaraan adil.

Ia juga didakwa menafikan hak anak guamnya untuk memanggil saksi tambahan untuk tujuan pembelaan.

“Atas perkara ini saya, anak guam saya patut dibebaskan daripada pertuduhan,” kata Shafee.

Khir sebelum ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijatuhkan  hukuman 12 bulan penjara.

Mahkamah Rayuan mengekal sabitan dan hukuman itu.

Rayuan Khir hari ini didengar di Mahkamah Persekutuan di hadapan lima panel hakim diketuai oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.