Followers

Saturday, January 24, 2015

DAP tolak, menteri sokong kenyataan Hadi

Kenyataan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berhubung kebimbangannya ke atas pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan menerima sambutan baik daripada seorang menteri BN.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau juga percaya bahawa pelaksanaan itu akan menyebabkan polarisasi kaum menjadi lebih serius.

“Saya percaya terdapat risiko bahawa polarisasi kaum lebih serius jika pilihan raya kerajaan tempatan dijalankan.

“Memang diketahui bahawa orang Malaysia secara umumnya masih mengundi mengikut latar belakang kaum dan ini terbukti dalam pilihan raya kerajaan tempatan.

“Ia akan berlaku di bandar dan juga dalam kerajaan tempatan luar bandar. Ini akan menyebabkan permusuhan dan rasa sangsi (antara kaum),” katanya.



Kenyataan Hadi semalam menerima kritikan keras daripada parti gabungan Pakatan Rakyat, DAP.

DAP berpendapat, amaran Hadi bahawa pilihan raka kerajaan tempatan akan membawa kepada rusuhan kaum adalah “tidak logik”.

Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.