Followers

Thursday, January 22, 2015

Daim: Najib perlu belajar dari Dr M

  
 Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempelajari cara Tun Dr Mahathir Mohamad menguruskan krisis.


Daim berkata, Najib sepatutnya merujuk kepada bekas perdana menteri itu ketika menangani bencana banjir besar baru-baru ini.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar China Press hari ini, Daim berkata beliau bertemu Najib baru-baru ini dan menggesa perdana menteri menunjukkan prestasi lebih baik dalam menangani bencana itu.

“Saya kata, 'dalam pengurusan krisis, anda perlu lebih cekap. Mahathir tunjuk prestasi bagus dalam menangani krisis dan anda patut belajar daripada beliau',” kata Daim.

Katanya, negara lain akan mengisytihar darurat kerana terdapat banyak kematian dan kesan lain.

Najib bagaimanapun bertindak sebaliknya ketika banjir semakin buruk.

Daim bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud bahawa Najib gagal, namun katanya perdana menteri sepatutnya tunjuk lebih kewibawaan semasa menangani krisis.

Dalam soal itu, Mahathir menunjukkan prestasi paling baik, katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.