Followers

Friday, January 23, 2015

BMF mahu universiti padam nama Taib

 
 
NGO Bruno Manser Fund (BMF) mendakwa jawatankuasa hartanah University of Adelaide sedang mempertimbang permintaan daripada kumpulan masyarakat sivil untuk menukar nama Taib Mahmud Court di kampus itu.

Nama tersebut bagi memperingati Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, yang merupakan bekas pelajar universiti tersebut.

Naib canselor dan presiden universiti tersebut, Warren Bebbington dalam surat kepada BMF berkata universiti berkenaan tidak lagi menerima sumbangan daripada Taib sejak 10 tahun lalu.

"Sejak itu kami tiada urusan lagi dengan beliau dan benarlah, lewat tahun lalu, kami menolak permintaannya untuk melawat dan menghadiri majlis makan malam ulang tahun ke-140,” kata Bebbington dalam suratnya kepada BMF.

Menurut BMF, Bebbington juga telah meneliti buku 'Money Logging' tulisan pengarah BMF, Lukas Straumann dengan “bimbang”.

Buku tersebut mengaitkan operasi pembalakan haram di Sarawak dengan perbuatan rasuah dan turut menumpukan kepada Taib dan anggota keluarga bekas ketua menteri itu.

Menurut BMF, Adelaide University menerima "kritikan keras” kerana menerima sumbangan besar dairpada bekas pelajarnya itu.

Universiti tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah tersebut.
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.