Followers

Monday, January 26, 2015

Azmin ajak DAP, PAS bincang isu p'raya PBT.

 
YAB Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengajak rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PAS - agar menyelesaikan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Ini perlu diselesaikan dalam Pakatan Rakyat. Saya pasti apabila kita memanggil untuk (mesyuarat) Majlis Pimpinan Pakatan, perkara ini akan dibincangkan.

"Kekuatan Pakatan Rakyat, kami bergerak dalam satu keputusan yang konsensus dan bukan berdasarkan pandangan peribadi," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung berlaku pertentangan pandangan antara DAP dan PAS dalam isu pilihan raya PBT.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.