Followers

Thursday, January 22, 2015

Anwar di TV3: Rakyat tertanya-tanya, bontot Saiful pula berdenyut-denyut.

Adakah prinsip musuh kepada musuh adalah rakan dipakai?


Satu pengitirafan? Pandangan yang cukup naive Bila musuh memberikan ruang pastinya ada udang di sebalik mee Tak heranlah kalau dubur saiful dah mula berair.......

Ada yang tersirat di sebalik liputan Anwar di TV3 oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Tanpa sebarang nada sarkastik, seorang pemimpin kanan PKR mengisytiharkan “kejayaan” parti itu dalam “memenangi hati media arus perdana” melalui isu dakwaan rasuah Tun Daim Zainuddin.

Ini di sebalik persoalan yang timbul selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba mendapat ruang di media arus perdana dalam isu dakwaan rasuah terhadap bekas Menteri Kewangan itu.

Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, laporan stesen TV3, akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times yang menyiarkan kenyataan Anwar adalah satu bentuk pengiktirafan yang sudah lama ditunggu parti.

“Liputan berterusan media arus perdana dalam kes yang melibatkan Tun Daim menunjukkan Keadilan, selepas lebih 15 tahun, telah berjaya memenagi hati mereka (media).

“’Kejayaan’ ini lebih signifikan memandangkan media itu adalah TV3, NST dan Utusan,” kata Saifuddin kepada Semut Harian.

Beliau adalah salah seorang pengasas PKR yang ditubuhkan pada tahun 1999.

Bekas pembantu peribadi yang menjadi watak utama dalam kes Liwat II Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam satu posting Facebook Isnin lalu menuduh TV3 menjadi “jurucakap PKR” untuk menyerang Daim.

“Bukan niat saya untuk persoal mengapa TV3 serang Tun Daim, tapi mahu personal mengapa mereka beria sangat beri liputan kepada PKR? “Tak ada orang sendiri yang berani buat pendedahan?

Hari itu (MP Bukit Katil) Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim,” katanya yang merujuk kebarangkalian pemimpin BN sendiri yang perlu tampil “menyerang” Daim.

Dalam posting itu, Saiful turut melampirkan imej perbualan WhatsApp yang diterima isterinya – bekas kakitangan TV3 – daripada seorang editor November lalu. Perbualan itu berhubung arahan editor kepada isterinya untuk menghadiri sidang media Shamsul, dan menyifatkannya sebagai tugasan penting - “must cover must use”.

Saiful berkata, isterinya yang mengambil skim pemberhentian kerja MSS (mutual separation scheme) meninggalkan stesen itu selepas merasa “jijik” apabila perlu menghadiri sidang media Shamsul untuk menyerang Daim, pemimpin yang dihormatinya.

Kawalan parti terhadap kebanyakan media arus perdana yang menyebabkan liputan berat sebelah terhadap pembangkang adalah satu rahsia umum.

Sehinggakan dalam parti sendiri, apabila mana-mana pemimpin mendapat perhatian “lebih” daripada media arus perdana, ia dianggap sebagai amaran kemungkinan berlakunya pergolakan.



Saifuddin menjelaskan, bukanlah Anwar yang membuat kemunculan di TV3, sebaliknya tuduhan terhadap Daim itu diambil daripada sumber lain.

“Tiada pihak lain (selain PKR) yang berani membangkitkan isu (tuduhan) rasuah melibatkan Tun Daim, (maka) orang media yang melihat nilai berita dalam isu ini ‘tiada pilihan’ selain memetik kenyataan pemimpin PKR,” katanya lagi.

Disebalik pandangan Saifuddin yang kelihatan agak pragmatik, pemerhati mengatakan tentunya ada yang tersirat di sebalik perkara itu.

Rata-rata berkata, tuduhan Anwar yang disiarkan media arus perdana mungkin menandakan pergolakan dalaman Umno sendiri – membuat lakaran semula garis pertembungan sekutu dan musuh lama.

Seperti pandangan pemerhati itu, kemungkinan Daim menjadi sasaran pengikut setia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memandangkan beliau dikatakan menyokong gerakan untuk menyingkirkan Najib daripada jawatan Presiden Umno.





Anwar sendiri mungkin hanyalah alat yang boleh digunakan dalam pertembungan dalaman itu, kalau pun tidak terlibat secara sukarela. Itu pun jika hal seperti itu boleh berlaku.

Ahli Parlimen DAP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz hari ini berkata, beliau “bingung” dengan strategi Anwar dalam menyerang Daim, sedangkan Najib sepatutnya menjadi “musuh bersama” kedua-dua tokoh itu.

“Mungkin saya tidak membaca panduan politik tersembunyi daripada kuil Shaolin. Kung fu politik saya belum berkembang sepenuhnya… “Mengapa serang Daim sedangkan usaha kita sepatutnya bertumpu untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya?” soalnya.

Penulis blog yang lebih dikenali sebagai Sakmongkol47 itu menyifatkan perhatian media terhadap dakwaan Anwar itu sebagai “meragukan”. Namun ia bukanlah kerana ia dibangkitkan oleh Saiful.

“Memang, TV3 selaku ‘spin master’ kepada PM memberikan ruang luas kepada Anwar untuk mengecam Daim Zainuddin…

“TV3 dan medium komunikasi lain yang dimiliki dan dikawal Media Prima tidak akan melakukan apa-apa, kecuali dengan kebenaran orang Najib,” katanya lagi. 


Pada 18 Januari lalu, Anwar menyampaikan ucapan dasar berhubung kesan kejatuhan harga minyak dunia dan nilai ringgit kepada ekonomi negara di One World Hotel.

Dalam sidang media selepas itu, beliau dilaporkan mendakwa memiliki “bukti kukuh” terhadap Daim. Namun, liputan waktu perdana TV3 dalam Buletin Utama berdasarkan sumber kedua dan menumpukan kepada tuduhan Anwar terhadap Daim.

Liputan inilah, yang amat jarang berlaku dan secara tiba-tiba, malah tanpa unsur negatif seperti sedutan video seks yang didakwa melibatkan dirinya sebelum ini, yang menarik perhatian ramai. Sesetengah pihak mungkin melihatnya sebagai kewajaran mesej anti-korupsi yang dibawa Pakatan.

Namun besar kemungkinan Anwar telah dipergunakan dalam pertembungan dalaman Umno, atau pun lebih buruk. Apa-apa pun kemungkinannya, sesiapa pun tidak dapat tidak akan mengesyaki sesuatu yang meragukan.


Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.