Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang persoal adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan jadi mangsa politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang persoal adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan jadi mangsa politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal menjadi mangsa terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, susulan serangan Dr Mahathir yang menyaksikan Najib enggan untuk beralah, adakah Malaysia bakal mengheret "harimau" atau "buaya" pertamanya ke mahkamah dan ke penjara dalam kempen anti rasuah negara.
Lim merujuk kepada perang saraf di antara kem Najib dan pemimpin veteren Umno, Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang menjadi menjadi isu hangat kini.
Lim berkata, sepanjang 45 tahun lalu, perdana menteri keempat Malaysa itu didakwa sudah memangsakan lima pemimpin politik utama negara.
Katanya, ia bermula dengan "Bapa Kemerdekaan Malaysia" yang juga perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, 2 timbalan perdana menteri yang hampir menjadi perdana menteri iaitu Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Persoalannya sekarang sama ada Dr Mahathir akan menambah perdana menteri keenam, Najib menjadi koleksi mangsa politiknya di Malaysia.
"Najib nampaknya tidak akan berdiam diri, dan timbul persoalan sama ada ‘harimau’ atau ‘buaya’ pertama akan diheret ke mahkamah dan kemudian ke penjara dalam sejarah hambar pembanterasan rasuah di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 23 Januari, 2015.
http://www.themalaysianinsider.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.