Followers

Wednesday, December 10, 2014

Zaid sediakan ruang siber buat Melayu ‘progresif’ menulis


 Bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim berkata ‘Amno’ atau Alpha Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Alpha) satu inisiatif di Internet menggalakkan ‘idea progresif’ di kalangan orang Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2014.
 
Bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim berkata ‘Amno’ atau Alpha Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Alpha) satu inisiatif di Internet menggalakkan ‘idea progresif’ di kalangan orang Melayu.

Bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim berkata ‘Amno’ atau Alpha Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Alpha) satu inisiatif di Internet menggalakkan ‘idea progresif’ di kalangan orang Melayu

Dalam satu parodi ke atas nama Umno, bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim melancarkan "Amno" atau Alpha Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Alpha), satu inisiatif di Internet menggalakkan "idea progresif" di kalangan orang Melayu.

Amno akan menjadi platform atas talian di mana orang Melayu boleh menghantar tulisan mereka mengenai isu semasa dan mempunyai ruang untuk "merenung dan berfikir" bagi mendedahkan orang Melayu lain kepada pandangan yang pelbagai dan progresif, katanya dalam blognya hari ini.

"Saya mendapat sokongan menggalakkan daripada orang Melayu dan bukan Melayu lain untuk mengembangkan dan mempromosikan Amno yang akan mengumpul idea yang positif dan progresif.

"Amno ialah satu kumpulan Melayu yang bersama-sama mengusahakan platform Internet ini bagi menggalakkan orang Melayu menyampaikan pandangan dan pengalaman mereka, supaya orang Melayu lain boleh mendapat manfaat daripada pendedahan itu.

"Mereka tidak perlu menjadi ahli atau membayar langganan. Mereka hanya perlu mengambil bahagian dalam aktiviti dan menulis tentang pengalaman mereka, yang boleh mempunyai kesan yang membina kepada pemikiran Melayu," kata Zaid yang gemar menulis blog.

Katanya, ruangan itu bertujuan "membentuk Melayu baharu memandangkan versi Najib Razak tidak berguna dan asing bagi kita", katanya merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno.

"Alpha bermaksud yang dominan, pemimpin, seorang yang tegas," katanya, sambil mengatakan yang Amno mahu orang Melayu biasa menjadi kuat, ingkar tetapi adil dan bebas.

"Kami kamu mereka dididik dengan sebaiknya, berpendirian rasional dan saintifik. Cukuplah dengan pengampu dan pengipas yang ada," katanya.

Katanya, Amno akan menangani isu agama dan mendedahkan orang Melayu kepada tafsiran Islam lain yang "konsisten dan relevan dengan dunia moden" daripada terus bergantung hanya kepada ajaran yang dibawa pihak berkuasa agama Malaysia.

Beliau juga mahu Amno membantu Melayu berfikir secara bebas dan kritis tentang isu ekonomi, politik dan sosial serta "berpandangan jauh tanpa berdasarkan emosi apabila memilih pemimpin".

"Adakah Umno benar-benar membantu Melayu daripada segi ekonomi, seperti yang didakwa? Adakah PAS benar-benar membawa mereka ke syurga, atau ia cuma alat politik bagi membawa ulama ke Putrajaya?" katanya.

Zaid turut memuji 25 orang Melayu yang menulis surat terbuka semalam, meminta supaya satu dialog rasional diadakan mengenai kedudukan Islam dalam negara demokrasi berperlembagaan.

"Lebih baik lambat daripada tak buat langsung," katanya, "dan saya harap mereka akan buat susulan ke atas kenyataan umum mereka itu... dengan aktiviti yang lebih lantang dan berkesan bagi menyekatnya dari terus menular".

Bekas Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin, mengemukakan kenyataan itu mewakili 25 orang yang menurunkan tandatangan mereka, termasuk bekas ketua pengarah, ketua setiausaha, duta dan individu berpengaruh lain yang menggelar diri mereka "orang Islam yang sederhana". – 9 Disember, 2014.
-

http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.