Followers

Wednesday, December 10, 2014

Saya selalu datang kenduri, kata Wan Azizah pada pengundi Kajang OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nafi tidak berkhidmat kepada penduduk Kajang

Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nafi tidak berkhidmat kepada penduduk Kajang.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan tiada perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk Kajang kerana pusat khidmatnya tetap dibuka kepada penduduk kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu berkata, penduduk yang ditemuinya berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan ketiadaannya di kawasan itu kerana ada sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya ingat kenduri selalunya saya datanglah. Mereka kata ‘eh, dia datanglah’, saya tahu mereka tak jangka. Alhamdulillah.

“Bergantung kepada siapa yang kamu jumpa. Yang mana jumpa saya memang tahulah saya hadir terutama masa banjir.

“Di masa yang lain, pusat khidmat saya berikan khidmat kepada penduduk Kajang. Setakat ini yang saya kenal, saya telefon, saya hubungi, mereka kata ok,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat DUN Kajang hari ini.

Dr Wan Azizah berkata, penduduk Kajang perlu lebih matang menilai khidmatnya di kawasan itu kerana menjadi kebiasaan seorang wakil rakyat mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul.

Katanya, kritikan penduduk setempat tetap diterimanya secara positif kerana pengundi di kawasan itu yang memilihnya sebagai wakil rakyat.  

“Jika mereka boleh terima (Datuk Seri) Najib (Razak) sebagai ahli Parlimen dan tugasnya, maka ia juga perkara yang sama.

“Sebab pengundilah saya ada di sini. Saya memang janji saya akan berkhidmat.

“Saya rasa mana-mana pun, kalau kita berikan khidmat, jumpa atau tak jumpa saya, kerja jalan. Itu yang penting,” katanya.

Bagaimanapun, presiden PKR itu mengakui rayuan kes Liwat II suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan masanya lebih banyak tertumpu di mahkamah.

“Hari tu saya akui apabila kes suami saya, saya berada di mahkamah. Lepas itu saya ada ke luar negeri menemani suami saya masuk ke TED.com,” katanya. – 9 Disember, 2014.


//www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.