Followers

Saturday, December 6, 2014

Zahid beri jaminan siasat jurucakap Umno lempar kenyataan hasutan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Zahid beri jaminan siasat jurucakap Umno lempar kenyataan hasutan

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Published: 5 December 2014

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli Umno yang membuat kenyataan berbaur hasutan semasa perhimpunan agung parti itu akan disiasat. 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk menyiasat jurucakap Umno yang melemparkan kenyataan berbaur hasutan dalam perhimpunan agung parti itu pada minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri itu berkata jaminan yang diberikannya untuk memastikan pihak yang melemparkan kenyataan sensitif disiasat dalam tempoh 24 jam akan ditunaikannya namun laporan polis perlu dibuat terlebih dahulu.

"Saya dah janji, saya buatlah. Buat laporan polis. Dia tak buat laporan polis, mana kita nak siasat,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di Putrajaya hari ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini mendakwa akan mengadakan pertemuan bersama Zahid sekiranya masih belum ada siasatan polis dilakukan terhadap jurucakap Umno yang melemparkan kenyataan berbaur hasutan dalam perhimpunan parti Melayu itu.

Katanya, Zahid mengambil masa lama memberi arahan kepada pihak polis menyiasat kenyataan Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Berapa banyak 24 jam yang diperlukan Zahid sebelum polis dapat bertindak terhadap beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Mashitah?

"48 jam, 96 jam, 240 jam atau 480 jam," katanya dalam satu kenyataan.

Ditanya The Malaysian Insider, adakah kenyataan Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said pada minggu lalu berbaur hasutan, Zahid berkata: "Mana Zaidi ada hasutan? Suruh dia (Lim) buat laporan polis.”

Zaidi ketika berucap sebagai perwakilan Umno Pulau Pinang dalam perhimpunan parti itu pada minggu lalu mendakwa kekuatan masyarakat Cina datang daripada perniagaan haram seperti judi, pelacuran dan pusat hiburan.

Bagaimanapun, dalam satu sidang media pada Isnin, Zaidi mendakwa ucapannya sudah "disalah tafsir".

Beliau menyalahkan media kerana membuatnya kelihatan bersifat perkauman dengan mengatakan seolah-olah semua kaum Cina di Malaysia kaya dan berpengaruh hasil kegiatan haram.

"Perkataan 'kadang-kadang' menunjukkan tidak semua (kaum Cina di Pulau Pinang) begitu. Saya sebut dengan jelas dalam ucapan saya.

“Saya tidak kata semua Cina di Pulau Pinang, saya kata 'kadang-kadang ada segelintir orang Cina di Pulau Pinang' terlibat dalam aktiviti begitu.

"(Tetapi) Perkataan 'kadang-kadang' dikeluarkan daripada ucapan saya. Ini menunjukkan ada niat jahat untuk memecahbelahkan rakyat, menyebabkan mereka bergaduh," katanya. – 5 Disember, 2014.

http://www.themalaysianinsider. Published: 5 December 2014

http://www.themalaysianinsider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.