Followers

Saturday, December 6, 2014

Video Bodoh Gadis Melayu Yang Memalukan


Video yang dimuat naik Ina mendapat cemuhan orang ramai yang menyifatkan dirinya tidak betul dan memalukan.

KUALA LUMPUR, 6 Disember:
Sebuah video memaparkan seorang gadis begitu kecewa dengan tindakan pasangannya yang memungkiri janji, menjadi viral di laman sosial Facebook, sejak semalam.

Dikenali dengan panggilan Ina, video yang dimuat naik di Friends of BN – Barisan Nasional itu mendapat 3,174 perkongsian dan 3,639 komen daripada pengguna-pengguna media sosial.

Berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post, Ina memuat naik video selama 1 minit 36 saat itu di Facebooknya, iaitu Puteri Bidadari dengan tajuk ‘Video Untuk Abg Romantic’.

“Ina tidak sangka abang berubah macam ini sekali, ape salah Ina? Abang janji kita akan kumpul duit hantaran kahwin sama-sama.

“Namun kini, abang sudah memungkiri janji dan katakan abang tidak mempunyai wang. Tetapi Ina tengok abang semakin gemuk, abang tipu Ina ye,” katanya yang dipetik rakaman video itu.

Bagaimanapun, video itu mendapat cemuhan orang ramai yang menyifatkan dirinya tidak betul dan memalukan.

Rata-rata pengguna laman sosial berpendapat, video itu tidak sepatutnya dimuat naik, kerana ia membabitkan masalah peribadi yang boleh diselesaikan secara bersemuka.

Pautan video:

https://www.facebook.com/video.php?v=10152656374409998&set=vb.129843674997


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.