Followers

Saturday, December 6, 2014

Shafie Apdal – “Kalah lagi gaji ahli parlimen” - Mohamad Fadli


shafie afdalSetiap inovasi dilakukan oleh masyarakat kita akan mendatangkan hasil. Sebagai contoh ada pelajar dari bidang pateri elektrik yang mampu memperolehi gaji RM12,000 sebulan.

KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata belia terutama dari luar bandar digalakkan untuk mencipta inovasi sendiri yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan.

Beliau memuji langkah GiatMara yang melahirkan dan menggalakkan pelajarnya terutamanya di kalangan belia mencipta inovasi sendiri bagi memajukan diri.

Katanya, mereka berupaya mencipta pelbagai teknologi dan ini merupakan satu galakan serta dorongan yang menjadi sumber kepada negara.

“Setiap inovasi dilakukan oleh masyarakat kita akan mendatangkan hasil. Sebagai contoh ada pelajar dari bidang pateri elektrik yang mampu memperolehi gaji RM12,000 sebulan dengan kemahiran yang diperolehi dari GiatMara.

“Kalah lagi gaji ahli parlimen,” kata Shafie pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan GiatMara.

Tambah beliau, belia terutama daripada luar bandar perlu menjadi contoh untuk menghasilkan pendapatan lumayan.

Beliau berkata, kemahiran yang diperolehi bukan sahaja dapat menghasilkan pendapatan melalui produk dan perkhidmatan yang dicipta malah dapat beri peluang pekerjaan.

Shafie juga menasihatkan supaya ciptaan inovasi baru itu perlulah dikomersialkan dan digunakan ciptaannya itu.

“Jika belia cipta tapi tak digunakan dan memanfaatkan, apa guna teknologi yang dihasilkan itu. Masyarakat berinovasi ini akan memberi sumbangan hasil kepada negara,” ujarnya.

Tags: ShafieApdal, GiatMara, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah


FREE MALAYSIA TODAY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.