Followers

Wednesday, December 3, 2014

SELANGOR NAK TAMBAH LAGI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT - YAB MB

Rabu, Disember 03, 2014.

SELANGOR NAK TAMBAH LAGI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT
Selangor semak semula beri air percuma 40m padu

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan, pada September 2015.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan.

“Sukacita saya memaklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40m padu daripada 20m padu.

“Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

“Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun hadapan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20m padu sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.

HD

Read more: http://biaqpila.blogspot.com Selangor semak semula beri air percuma 40m padu.

biaqpila.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.