Selangor batal sambutan Tahun Baru, RM1.5juta bantuan untuk mangsa banjir Selangor memutuskan membatalkan sambutan Tahun Baru 2015 serta Temasya Selangor 15 sebagai tanda simpati kepada rakyat di negeri-negeri pantai timur yang menderita bencana banjir, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata, keputusan dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor.
"Kerajaan negeri Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember di I-City, Shah Alam atas prinsip sama," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di Shah Alam hari ini.
Menurut Azmin, sebagai tanda simpati Selangor juga meluluskan RM1 juta untuk kerajaan Kelantan; RM100 ribu masing-masing untuk negeri Terengganu, Pahang, dan Perak.
Sejumlah RM200,000 juga bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang dikendalikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas).
Beliau bersama delegasi juga akan turun ke Kelantan hari ini untuk menyampaikan bantuan.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.