Followers

Monday, December 15, 2014

Sekarang masa untuk bekerja, kata Azmin kepada kritikan Chegubard


 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar) menegaskan beliau kini akan menumpukan kepada kerja untuk rakyat dan tidak berminat lagi untuk bermain politik.
“Sekarang masa saya bekerja untuk rakyat, enough of politicking,” kata Azmin kepada pemberita hari ini ketika ditanya komen beliau terhadap serangan berterusan yang dibuat bekas calon PKR, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard terhadap beliau.

Terbaru, Badrul membangkitkan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada PKR yang didakwa menarik balik sokongan mereka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau mempersoalkan kenapa tindakan tidak diambil ke atas mereka.

“Kita ada banyak program dalam Belanjawan Selangor 2015 yang perlu dilaksanakan dan saya tidak mahu belanjawan yang baik di atas kertas gagal diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaannya.

“Saya dan pasukan perlu bekerja keras memastikan semua yang dirancang untuk rakyat berjaya dilakasana. 

Cukup-cukuplah berpolitik, saya nak maju ke hadapan. Ingatlah, rakyat sudah letih dengan politik seperti ini,” kata Azmin kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sumbangan Bantuan Program Kembali ke Sekolah anjuran Pekawanis di Dewan Megawati, hari ini, lapor Selangorkini.

Sebelum ini, Badrul antara lain mendakwa lima orang Adun Selangor menarik balik sokongan ke atas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beberapa hari sebelum Azmin dilantik sebagai menteri besar.

Pada 12 Disember lepas, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Badrul menghentikan kritikan ke atas Azmin dan membiarkan menteri besar itu menjalankan tugasnya.

“Jika ada aduan, Badrul boleh rujuk kepada Jawatankuasa Disiplin.

“Badrul berhak untuk mengadu tapi bagi kes ini, beliau perlu beri ruang kepada Azmin untuk jalankan tugas sebagai MB,” kata Anwar. – 14 Disember, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.