Followers

Wednesday, December 3, 2014

Rumusan RCI: Projek IC 'mungkin' wujud

 
Laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah membuat kesimpulan, antara lain, bahawa "Projek IC" yang begitu banyak diperkatakan, mungkin wujud di negeri itu.

Siasatan mengesahkan bahawa projek itu didakwa digunakan oleh kakitangan awam untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin, menyebabkan lonjakan penduduk di negeri ini.

RCI membuat kesimpulan bahawa terdapat "kredibiliti" dalam testimoni yang diberi oleh lima orang yang mengaku menjadi sebahagian daripada projek yang dikatakan itu.

Menurut laporan itu lagi, lima orang saksi tersebut bagaimanapun tidak disoal balas seperti yang sepatutnya dijalankan semasa perbicaraan.

“Atas sebab itu, dan melihat kepada penafian ke atas dakwaan berkenaan, kami hanya boleh menyimpulkan bahawa ada kebarangkalian bahawa 'Projek IC' sememangnya wujud seperti yang ditunjukkan dalam keterangan lima saksi terbabit.

“Ringkasnya, terdapat kemungkinan bahawa projek tersebut sememangnya wujud pada semua masa yang material,” laporan itu dipetik.
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.