Followers

Sunday, December 7, 2014

Profesor gesa Anwar letak jawatan penasihat ekonomi

Published: 6 December 2014

Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi digesa untuk meletak jawatan selepas Sultan Selangor menarik balik anugerah 'Datuk Seri'nya. – 

Tindakan Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa gelaran 'Datuk Seri' ialah satu isyarat kepada ketua umum PKR itu supaya tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran negeri, kata Majlis Profesor Negara (MPN).

Berikutan itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam MPN, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Anwar seharusnya mengambil langkah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Kamal berkata kepada Sinar Harian, sekiranya Anwar enggan melepaskan jawatan itu, dijangka akan timbul konflik lain kerana Sultan berkemungkinan akan mempersoalkan tindakannya.

“Bukan sahaja Sultan, rakyat juga mempersoalkan tindakan Anwar jika beliau tidak mahu berbuat demikian (melepaskan jawatan). Tidak mustahil wujud satu lagi konflik Anwar dan istana,” katanya menurut laporan akhbar itu hari ini.

Pada Khamis, Istana Selangor mengeluarkan kenyataan yang Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran 'Datuk Seri' itu berkuatkuasa 3 November kerana Anwar sering mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.

Kamal berkata, Anwar seharusnya mengambil maklum yang Sultan Sharafuddin melakukan demikian kerana tidak mahu lagi beliau terlibat dengan sebarang bentuk pentadbiran di Selangor.

“Saya yakin ia bukan berkaitan dengan integriti tetapi isu utamanya, Sultan tidak mahu Anwar ada kaitan dengan Kerajaan Selangor.

“Anwar banyak menimbulkan konflik dalam pelbagai isu sehingga menyebabkan kemurkaan baginda,” kata Kamal kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sekiranya Anwar tidak meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi negeri, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali akan menjadi orang perantara Anwar dengan pihak istana bagi menjawab isu berkaitan ekonomi Selangor.

“Sampai bila Azmin menjadi orang perantara? Ia akan menyukarkan lagi keadaan dan cara terbaik adalah Anwar perlu melepaskan jawatan tersebut,” beliau dipetik berkata dalam akhbar itu.

Kamal memberitahu akhbar itu, Anwar perlu mengambil iktibar dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Beliau juga harus memperbaiki diri dengan tidak lagi melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan baginda.

“Saya harap Anwar dapat belajar dari kesilapan,” kata Kamal.

Anwar dikurniakan Darjah Kebesaran Seri tersebut oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1992.

Berikutan kenyataan Istana Selangor itu, Anwar berkata dalam satu kenyataan beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan atau permintaan kepada Sultan Salahuddin bagi dianugerahkan darjah kebesaran itu.

Beliau juga berikrar akan tetap menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan terus menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di negara ini.

Sementara itu, ketua pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, Anwar sepatutnya melepaskan jawatan penasihat ekonomi negeri itu susulan penarikan balik darjah kebesaran itu.

Selain Selangor, Anwar juga mendapat darjah Datuk Seri dari negeri lain termasuk Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. – 6 Disember, 2014.

www.themalaysianinsider.com/bahasa Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi digesa untuk meletak jawatan selepas Sultan Selangor menarik balik anugerah 'Datuk Seri'nya. – 

www.themalaysianinsider.com/bahasa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.