Nampaknya
identiti pelaku khalwat bergelar selebriti yang menjadi bualan ramai
semalam bukanlah satu rahsia lagi apabila pelakon Putri Mardiana tampil
memberikan kenyataan beliau tentang apa sebenarnya yang berlaku sehingga
terjadinya insiden tangkapan khalwat.
Bercakap kepada Malaysian Digest Putri Mardiana menjelaskan
yang beliau dan lelaki bernama Ejump itu sudah pun merancang untuk
berkahwin tidak lama lagi. Semuanya hanya menunggu sahnya penceraian
lelaki itu dengan isteri sebelum ini di mahkamah.
“Saya
ke mahkamah tadi kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami
ambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki
saya bukan lagi suami orang dan selama ini saya sering menemaninya ke
mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu”
“Sebenarnya,
kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis
pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan,” jelasnya.
Pelakon
ini turut menjelaskan ketika kejadian tangkapan itu berlaku, teman
lelakinya itu baru hanya menghantar dirinya pulang sebelum masuk
sebentar untuk minum air.
“Kemudian
JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tidak lari
kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat
apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput
JAIS minum dan mereka jadi serba salah,” jelasnya.
Putri
Mardiana turut mendakwa serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) ke rumahnya sengaja dirancang bekas teman lelakinya.
“Apa
yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang
tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan
kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat)”
“Saya sebenarnya diĆ¢€™prank bekas teman lelaki saya & juga dapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump.
Mereka
bersepakat kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah
saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS
sehingga serbuan dibuat,” jelas pelakon ini panjang lebar. Credit Roti
Kaya
Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/penjelasan-pelakon-putri-mardiana-isu.html#ixzz3M2xgYWB8
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.