Followers

Tuesday, December 16, 2014

'100 hari MB, Azmin masih dibelenggu'

 
 
Menjelang 100 hari pentadbiran Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor, beliau harus keluar daripada bayang-bayang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata penganalisis politik.

Ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mustafa Ishak berkata, menjelang seratus hari pentadbirannya minggu depan, hala tuju baru Selangor masih belum jelas.

“Biasanya 100 hari ialah masa untuk suara pemimpin yang baru dilantik. Nampaknya dia dibelenggu oleh satu pihak lain. Dia masih tidak keluar dari kepompong guru politik dia.

“Dia kelihatan masih tidak dapat membebaskan diri daripada pengaruh Anwar,” katanya.

Mustafa (kanan) berkata Azmin dengan mengikut telunjuk Anwar, yang menurutnya tidak sihat serta tidak menunjukkan keupayaannya mentadbir.

“Ini tidak baik untuk menjadi seorang menteri besar yang berwibawa.

“Dan kalau dia (Azmin) bercita-cita mahu menjadi menteri besar yang lebih berjaya daripada Tan Sri Khalid, dia mesti memperlihatkan keupayaan dan keberaniannya.

“Sehingga kini, untuk memperlihatkan keupayaan dan keberanian dia belum terserlah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

‘No komen’ memanjang

Mustafa juga melihat kepimpinan Azmin seolah-olah lari daripada menyelesaikan isu apabila sering mengelak soalan pemberita.

“Tak nampak secara jelas pendekatan yang dia akan ambil dan ada berapa isu yang dia lebih banyak tempelak (orang) daripada memberikan satu jawapan yang bersifat jelas.

“Dia tidak komited, jawapan (beliau) nampak seperti kurang memberikan komitmen dalam perkara itu.

“Dia no comment (tiada komen) memanjang dan mengelakkan diri daripada memberikan jawapan yang jelas, sikap dan pendirian dia dalam beberapa isu di Selangor,” katanya. 
 
 
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.