Seorang pemimpin bahagian Umno membuat laporan polis terhadap 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), firma pelaburan yang dicetuskan oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Datuk Khairuddin Abu Hassan dari Umno bahagian Batu Kawan membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang ini.
"Saya berasa curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang tidak telus," katanya kepada pemberita.
1MDB menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk Pakatan Rakyat, yang menyifatkan 1MDB sebagai "ibu segala skandal" dan juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik keras badan pengurusan dana tersebut.
Laporan itu dibuat ke atas 1MDB dan lembaga pengarahnya.
Khairuddin juga memberi amaran bahawa beliau akan membuat laporan ke atas Najib sebagai menteri kewangan sekiranya tiada tindakan susulan diambil ke atas laporannya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.