Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemimpin Solidariti Anak
Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menghentikan kritikan ke
atas Azmin Ali dan membiarkan menteri besar itu menjalankan tugasnya.
Katanya, Badrul Hisham yang digantung keahliannya dalam PKR perlu mengemukakan aduan kepada jawatankuasa disiplin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Badrul bahawa lima orang ADUN Selangor menarik balik sokongan ke atas presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beberapa hari sebelum Azmin dilantik sebagai menteri besar.
“Jika ada aduan, mereka boleh rujuk kepada jawatankuasa disiplin.
"(Badrul, yang juga dikenali dengan nama Chegubard) berhak untuk mengadu, tapi bagi kes ini, beliau perlu beri ruang kepada Azmin untuk jalankan tugas sebagai MB,” katanya.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.