Sudahlah menipu rakyat dengan penetapan harga minyak yang tidak betul. Sepatutnya harga minyak sekurang-kurang kita boleh dapat RM1.90 setiap liter bahkan kurang lagi daripada ini.
Harga
minyak terkini hanya USD $69.09 setong. Apa kejadahnya kenyataan Najib
kat bawah ini yang mengatakan sistem apungan ini memberi manfaat kepada
rakyat kerana harga minyak akan turun mengikut harga pasaran minyak
dunia.
Tetapi
apa berlaku hari ini. Minyak USD $69 setong rakyat dapat apa???, rakyat
dapat RM2.46 seliter. Pembohong rakyat lagi nak sembang pasal ringankan
beban rakyat. Ringankan dengan hapus semua subsidi ??? minyak ??? gula
??? apa lagi kau nak hapus Najib ???.
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil langkah bagi
meringankan beban rakyat sekiranya harga minyak dunia meningkat dengan
mendadak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata menerusi langkah pengapungan
terkawal harga minyak yang diambil kerajaan kini, sistem itu lebih memberi
manfaat kepada rakyat kerana harga minyak di negara ini akan turun mengikut
harga pasaran minyak dunia.
"Langkah apungan terkawal harga minyak diambil oleh
kerajaan kerana harga minyak mentah dunia telah menurun ke paras di mana
subsidi tidak diperlukan,"katanya dalam siaran radio laman blognya www.najibrazak.com
hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pemansuhan subsidi
pukal minyak itu akan mengelakkan negara kerugian berbilion ringgit akibat
daripada aktiviti penyeludupan dan pembelian minyak oleh warga asing yang tidak
layak menerima subsidi yang ditanggung pembayar cukai.
"Mekanisme apungan terkawal ini akan membawa penjimatan
yang besar kepada kerajaan, dan penjimatan ini bakal disalurkan semula kepada
rakyat Malaysia," katanya.
Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan
penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan
terkawal mulai 1
Disember.
Bermula dari tarikh berkenaan, tiada lagi subsidi bagi kedua-dua
bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga
di pam.
Pada Isnin lepas, harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan
sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 turun empat sen
seliter kepada RM2.26 seliter manakala harga runcit diesel dinaikkan kepada
tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter. SH
tikaqbuluh.blogspot
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.