Followers

Tuesday, December 16, 2014

PAS bantah acara ratu cantik di 'pulau ratu'

 
PAS membantah penganjuran acara ratu cantik “Miss Tourism International: Show Extravaganza”, yang dijadual berlangsung di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi esok.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, berkata PAS kecewa dengan kerajaan negeri yang membenarkan program yang "tidak membawa budaya sihat" kepada masyarakat itu.

"Menteri besar (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) perlu menyatakan pendirian jelas terhadap program ini.

"Ia sama sekali bercanggah dengan imej yang cuba ditonjolkan seperti (program) Kedah Berselawat, dan cuba gambarkan beliau seorang Islamik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, penganjuran program itu juga mempamerkan sikap tidak sensitif dengan tragedi melibatkan MH17 dan MH370.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, Langkawi tidak perlu kepada acara seperti itu kerana pulau itu sendiri sudah bersifat "ratu" dan mampu menarik pelancong.

"Atau adakah Langkawi di bawah pentadbiran Datuk Mukhriz sudah tiada tarikan?" soal beliau.

Program itu anjuran bersama Berjaya Langkawi Resort dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Seramai 62 finalis dari seluruh negara mengambil bahagian. 
 
 
Malaysiakini. 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.