Menteri Besar Azmin Ali berkata, beliau telah menasihatkan pihak
pengurusan baru Perbadanan Menteri Besar (MBI) merujuk kepada penasihat
undang-undang negeri berhubung isu bayaran pampasan kontroversi RM2.6
juta kepada bekas staf menteri besar sebelum ini.
"Itu sedang dirujuk kepada penasihat undang-undang siapakah yang perlu diambil tindakan," katanya.
Azmin berkata, dalam pertemuan dengan pihak pengurusan MBI pagi tadi, beliau juga mencadangkan supaya beberapa tindakan turut diambil.
"Tindakan perlu diambil kerana beberapa perkara itu memang tidak dipatuhi," kata Azmin ketika ditemui pemberita di Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, Azmin berkata sebarang tindakan perlu ditentukan oleh penasihat undang-undang.
"Itu (tindakan) biarlah mereka berbincang dengan penasihat undang-undang," kata Azmin.
Ditanya siapakah yang akan dikenakan tindakan, Azmin hanya berkata: "Itu kena bincang dengan penasihat undang-undang".
Ditanya sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dipanggil untuk disiasat, Azmin berkata perkara itu kini sedang dirujuk kepada penasihat undang-undang.
Sebelum ini, lapan pegawai Khalid yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta.
"Itu sedang dirujuk kepada penasihat undang-undang siapakah yang perlu diambil tindakan," katanya.
Azmin berkata, dalam pertemuan dengan pihak pengurusan MBI pagi tadi, beliau juga mencadangkan supaya beberapa tindakan turut diambil.
"Tindakan perlu diambil kerana beberapa perkara itu memang tidak dipatuhi," kata Azmin ketika ditemui pemberita di Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, Azmin berkata sebarang tindakan perlu ditentukan oleh penasihat undang-undang.
"Itu (tindakan) biarlah mereka berbincang dengan penasihat undang-undang," kata Azmin.
Ditanya siapakah yang akan dikenakan tindakan, Azmin hanya berkata: "Itu kena bincang dengan penasihat undang-undang".
Ditanya sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dipanggil untuk disiasat, Azmin berkata perkara itu kini sedang dirujuk kepada penasihat undang-undang.
Sebelum ini, lapan pegawai Khalid yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta.
Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar.
Bagaimanapun, laporan audit yang dibentangkan di DUN Selagor pada 3
Disember lalu mendapati, berlaku kesalahan dari segi tatacara dan
prosedur pembayaran pampasan itu.
Malaysiakini
CATATAN SEPINTAS LALU
SEMPENA 100 HARI NIK NAZMI NIK AHMAD MENJADI KETUA AMK MALAYSIA.
Kemenangan yang di pertikaikan kerana dicemari dengan keraguan
1 Disember yang lalu genap 100 hari Nik Nazmi Nik Ahmad menjawat ketua
sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat atau dalam istilah parti dirujuk
sebagai Angkatan Muda KEADILAN (AMK). Dalam pemilihan parti yang memakan
masa hampir lima bulan, Nik Nazmi telah diumum sebagai pemenang dalam
pertandingan tiga penjuru di antara beliau dengan Amirudin Shari dan
Mohd Nazree Yunus.
Amirudin Shari, wakil rakyat Batu Caves yang bergandingan dengan Dr.
Afif Bahardin dari Pulau Pinang dilihat mendahului Nik Nazmi sejak dari
awal proses pemilihan dan pasangan regu ini dijangka berpeluang besar
untuk menang oleh kebanyakan anggota parti.
Kedua-duanya merupakan calon yang diketahui memiliki sokongan kuat di
peringkat akar umbi serta lebih disenangi oleh anggota AMK jika
dibandingkan dengan Nik Nazmi dan regu beliau Chang Lih Kang yang
dilihat bersifat elit dan tidak popular di kalangan anggota bawahan.
Walaubagaimanapun, sehari sebelum Kongres AMK ke-10 berlangsung pada 22
Ogos yang lalu, pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah
mengumumkan kemenangan Nik Nazmi di dalam pertandingan tersebut.
Nik Nazmi diumumkan menang setelah JPP mengambilkira keputusan
pengundian dari cabang Pensiangan yang dilaporkan telah dicemari dengan
unsur penipuan, rasuah dan penyelewengan kertas undi. Kontroversi
melibatkan cabang Pensiangan ini bermula setelah proses pemilihan di
cabang tersebut yang dijalankan pada bulan Mei 2014 telah dibatalkan
oleh pihak JPP tanpa sebarang sebab. Keputusan undian dalam pemilihan
tersebut telah menunjukkan sokongan hampir 100% kepada calon Timbalan
Presiden iaitu Azmin Ali, Amirudin Shari dan calon Ketua Wanita Zuraida
Kamaruddin.
Namun demikian, pemilihan semula di cabang tersebut yang diadakan pada
bulan Julai 2014 telah menyaksikan peralihan sokongan yang cukup
mengejutkan! Keputusan undian dalam pemilihan semula di cabang
Pensiangan menujukkan sokongan 100% menyebelahi calon Timbalan Presiden
iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Nik Nazmi dan Rodziah Ismail (calon
Ketua Wanita). Ia jauh berbeza dengan trend sokongan dalam pemilihan
awal dua bulan sebelum itu. Beberapa aduan yang dilaporkan kepada pihak
JPP telah mendakwa wujud pelbagai salahlaku dan penyelewengan sepanjang
proses pemilihan semula namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan
diambil oleh JPP.
Susulan dari itu, sebaik sahaja Nik Nazmi diumumkan sebagai Ketua AMK
yang baharu pada 22 Ogos 2014, hampir separuh dari para perwakilan
dilaporkan meninggalkan dewan dalam Kongres AMK ke-10 baru-baru ini. Ini
diikuti dengan tindakan hampir 17 daripada 25 barisan kepimpinan AMK
yang baru dipilih turut bertindak turun dari pentas serta meninggalkan
dewan sebaik Nik Nazmi memulakan ucapan sulung beliau sebagai Ketua AMK.
Protes terbuka oleh para perwakilan serta pimpinan AMK yang baharu ini
secara jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mengiktiraf Nik Nazmi
sebagai Ketua AMK yang dikatakan ‘dimenangkan’ hasil campurtangan
pimpinan tertinggi parti yang bimbang dengan penguasaan proksi Azmin di
dalam AMK.
Apa yang lebih menyulitkan Nik Nazmi adalah hampir 80% barisan
kepimpinan baharu AMK didominasi oleh pasukan yang bergerak bersama
Amirudin. Dr. Afif (Timbalan Ketua AMK) beserta tiga Naib Ketua dan 15
orang Ahli Majlis Pimpinan Pusat merupakan dari pasukan AMK Baru yang
dipimpin oleh Amirudin dalam kempen pemilihan parti. Ini memaksa Nik
Nazmi merayu sokongan dan kerjasama mereka.
Susulan insiden memalukan pada hari pertama beliau sebagai Ketua AMK,
difahamkan kepimpinan tertinggi parti telah mengarahkan Nik Nazmi
bersama barisan kepimpinan baharu AMK mengadakan sidang media pada
keesokan harinya sebagai tanda solidariti dan permulaan kerjasama untuk
memulihkan semula imej Nik Nazmi yang terjejas teruk. Dalam sidang media
tersebut, ke semua pihak telah bersetuju untuk mencapai perdamaian dan
mengenepikan perbezaan serta bekerjasama demi masa depan AMK dan parti.
Kepimpinan yang lemah dan membelakangkan semangat musyawarah
Segalanya kelihatan tenang dan normal sebaik sidang media bersama di
antara Nik Nazmi dengan barisan kepimpinan AMK yang baharu. Apa yang
tidak diketahui adalah pada sebelah malamnya telah berlangsung mesyuarat
tidak rasmi yang pertama di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.
Di dalam mesyuarat tersebut, Nik Nazmi dilaporkan telah bersikap emosi
dan menyatakan kekesalan beliau terhadap tindakan majoriti pimpinan AMK
yang bertindak turun pentas dan keluar dewan sebaik beliau memulakan
ucapan sulung. Beliau turut menyifatkan bahawa insiden tersebut
merupakan perkara yang memalukan sepanjang hidupnya serta mencalarkan
hati dan perasaan isterinya.
Di sebalik semua itu, Dr. Afif dilaporkan telah memohon maaf secara
terbuka bagi pihak Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) AMK yang telah
bertindak keluar dewan dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk
bekerjasama dengan Nik Nazmi dan pasukannya. Walaubagaimanapun Nik Nazmi
menolak tawaran mereka dan mempersoalkan kesetiaan mereka.
Dengan tegas beliau menyatakan bahawa beliau tidak mempercayai seorang
pun di kalangan barisan kepimpinan yang sebelum ini bersama dalam
pasukan Amirudin. Tindakan Nik Nazmi ini mencetuskan ketegangan dan
pertikaman lidah. Namun demikian, keputusan tetap diambil bahawa
kerjasama di masa hadapan perlu dicapai atas semangat musyawarah dan
muafakat dengan mengenepikan sebarang perbezaan.
Tidak sampai seminggu selepas sidang media bersama yang diadakan ketika
kongres parti, pada 7 September 2014, Nik Nazmi telah bertindak secara
unilateral dengan mengumumkan pelantikan ahli-ahli MPP AMK (atas kuota
lantikan yang diperuntukkan) menerusi satu kenyataan media di laman blog
beliau. Apa yang mengejutkan adalah beliau telah membuat pengumuman
tersebut satu jam sebelum mesyuarat rasmi pertama Majlis Pimpinan Pusat
AMK.
Lebih mengejutkan adalah Timbalan Ketua AMK Dr. Afif sendiri pun tidak
dirujuk oleh Nik Nazmi sebelum mengumumkan pelantikan bahkan ada di
kalangan ahli-ahli MPP AMK yang dilantik dikatakan bukan anggota
KEADILAN! Keputusan beliau melantik 15 orang ahli MPP AMK yang baharu
tanpa persetujuan mesyuarat telah dibantah keras oleh ahli-ahli MPP AMK
yang dipilih menerusi proses pemilihan.
Mesyuarat pada hari tersebut telah berlangsung dalam suasana kecoh dan
tegang. Berlaku jerit menjerit dan cemuh-mencemuh di dalam mesyuarat.
Lantaran gagal mengawal mesyuarat, Nik Nazmi bangun dan meninggalkan
mesyuarat dengan bersahaja.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.