Followers

Thursday, December 11, 2014

Mahathir melihat Azmin Ali berpotensi sebagai calon Perdana Menteri??


Rundingan damai sedang berlaku antara PKR dengan UMNO? Zainuddin: Adakah Mahfuz sedar nasib PAS kelak? 

Adam Abu Bakar, Pengisytiharan penarikan sokongan Dr M terhadap Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca gerakannya,diperhatikan dan senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan Zainuddin Maidin

PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan Ketua Penerangan PAS Malaysia, Datuk Mahfuz Omar sama ada beliau menghitung kedudukan PAS pada masa depan kelak. 

Menurut Zainuddin, Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai ahli PAS yang paling keras dan lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak hal. 

Namun, pada kali ini, Mahfuz bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu bahawa ramai yang layak untuk menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

“Adakah kenyataan Mahfuz dilakukan setelah mendengar desas-desus ada rundingan damai yang sedang berlaku antara PKR dengan UMNO atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali berpotensi sebagai calon Perdana Menteri yang suatu hari nanti akan kembali kepada UMNO?” tulisnya di dalam blog www.zamkata.blogspot.com.
 
Katanya, jika desas-desus itu benar mungkin Mahfuz sedang memperhitung akan kedudukan PAS kelak. 

Jelas Zainuddin, Mahathir tidak melihat hanya orang dari UMNO sahaja yang boleh menggantikan Najib setelah keengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tanggungjawab. 

“Tetapi siapakah Mahathir untuk menentukan Perdana Menteri dan beliau sendiri perlu menerima realiti bahawa UMNO sendiri menjadi penghalang besar untuk menggantikan Najib,”ujarnya. 

Dalam pada itu, tidak ada sesiapa yang menganggap Mahathir tidak relevan dalam usahanya untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. 

“Pengisytiharan penarikan sokongan kepada Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca, gerakannya diperhatikan, senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan,” ujarnya. 

Bagaimanapun, Najib tidak mengeluarkan Mahathir daripada senarai musuh politik yang paling berbahaya sekarang dan dia akan melakukan apa sahaja untuk survivalnya. 

“Dalam hal ini, tidak mungkin tunggul di sangka hantu kerana kuasa adalah kuasa, yang menjadi teka-teki adalah siapa calon dari dalam dan siapakah calon dari luar yang Mahfuz mahu tahu dari Mahathir untuk dibincang dan dipertimbangkan,” ujarnya. 


Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.