Followers

Saturday, December 20, 2014

Ketidakseimbangan politik...?? KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Wawasan 2020 Malaysia mungkin tidak berhasil untuk kaum Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysia mungkin tidak berhasil untuk kaum Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mencerna perkataannya. Tidak pernah sejak karier politiknya bermula dan juga tidak sekarang, lebih sedekad selepas turun daripada takhta kepimpinan negara sebagai perdana menteri keempat.

Namun, ada hari kita tertanya dari mana asal beliau. Hari ini, beliau berkata, pegangan kuasa politik Melayu kian lemah berpunca daripada perpecahan antara mereka sehinggakan perlu merayu untuk mendapatkan sokongan daripada kaum lain untuk kekal berkuasa.

"Sekarang Umno, PKR, dan PAS terpaksa merayu kepada DAP untuk menang pilihan raya. Apabila kita menjadi pengemis kita tidak lagi ada kuasa," katanya, ketika berucap di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, sekiranya negara mencapai status negara maju, kaum Melayu akan terus ketinggalan.

"Ini nasib kita sekarang. Kita merancang untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. negara kita mungkin akan mencapainya. tetapi disebabkan perpecahan, apa yang kita rancangkan dalam Wawasan 2020 (untuk Melayu) mungkin tidak terhasil," katanya, mengulangi kata-katanya sejuta warga Cina dan India diberi kerakyatan selepas merdeka pada 1957 yang menyebabkan pudarnya kuasa Melayu.

Kenyataan itu amat pelik, dikeluarkan individu yang berucap jauh ke hadapan pada 1991 mendefinisikan Wawasan 2020 Malaysia sebagai negara maju.

Beliau juga menyeru pembentukan Bangsa Malaysia, dan sukar mendengarnya berucap mengenai dominasi politik oleh sesetengah kaum.

Ini apa yang dikatakan Dr Mahathir ketika itu, "Menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara yang bersatu, dengan keyakinan rakyat Malaysia, disokong oleh nilai moral dan etnik, hidup di dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertoleransi, penyayang, kesaksamaan dan keadilan ekonomi, maju dan makmur, serta memiliki pegangan penuh ekonomi yang dinamik, berdaya maju, serta pesat."

"Tidak akan ada Malaysia yang maju sehingga kita akhirnya menangani sembilan cabaran utama yang menghalang kita sejak saat kita dilahirkan sebagai negara yang merdeka.” – 20 Disember, 2014.


www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.