Followers

Friday, December 19, 2014

Kenapa Baru Sekarang ?

  DBKL akan gempur Petaling Street
 
 
Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pasukannya akan bertindak terhadap gerai haram yang diusahakan oleh pendatang asing di Jalan Petaling.

Tindakan akan dikenakan ke atas peniaga tempatan yang menjual atau menyewakan gerai tersebut, katanya.

“Mereka dengan senangnya sewa kepada peniaga asing, contohnya sewa kepada warga Bangladesh dengan harga antara RM5,000 hingga RM8,000.

“Saya difahamkan dari kajian sulit kita yang dibuat melalui kamera poket (tersembunyi), memang lebih daripada 100 unit gerai telahpun disewa dan dioperasi oleh (warga) Bangladesh dan Nepal.

“Maka kami akan ambil tindakan secepat mungkin,” tegasnya ketika bercakap kepada pemberita selepas satu pertemuan dengan sembilan MP Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan awal bulan ini berkata tindakan “rakus” pemilik lesen perniagaan terbabit menyebabkan warga tempatan tidak dapat berniaga di situ.

"Saya sedih ada juga anak muda Cina nak berniaga, tapi sewa terlalu tinggi, kerana mereka (pemilik lesen) suka sewakan kepada bangsa asing," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau mendakwa, peniaga haram di Petaling Street juga cekap menyembunyikan diri dan juga barangan jualan “berjenama” di kawasan tumpuan pelancong itu.
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.