ULASAN LEWAT
Saya tidak sempat mengikuti perhimpunan agung Umno yang baru lalu
sampai habis.
Alwi membahas ucapan dasar. |
Selepas mendengar ucapan dasar Najib Razak, saya berpergi
ke luar negara. Jadi perbahasan ucapan dasar tidak dapat saya ikuti
sepenuhnya.
Seperti yang saya ulaskan dalam cacatan saya, ucapan dasar Najib tidak ada apa-apa pembaharuan dan menetaskan idea baru pun yang dilihat bakal memberi impak positif kepada parti Melayu itu dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan dan maruah parti.

Ia adalah memutarkan piring
hitam lama, yang ada kalanya tersangkut-sangkut, disebabkan penuh dengan
karat fanatisme.
Mulanya saya mengira ucapan Najib lebih lendik berbanding ucapan presiden Pas Abdul Hadi Awang pada muktamar parti agama itu di Batu Pahat, tetapi ternyata pada sessi penggulungan Najib lebih kurang juga Abdul Hadi menggunakan bahasa bombastik apabila mem"bangang"kan bloger Umno.

Abdul Hadi pula telah menuduh dalam barisan pimpinan Pas ada
"barua" dan "broker".
Dari satu juring tidak banyak beza dan farak kuliti antara Najib dengan Abdul Hadi Awang. Apakah kerana mereka sudah sama-sama merasai "laici kang" dalam satu mangkok sama maka mereka juga punya naluri lidah yang sama. Kasar?
Jadi perbahasan-perbahasan ucapan dasar sangat diharapkan lebih berkualiti daripada ucapan dasar Najib. Saya mengira pembahas tidak akan terikut beretorik seperti Najib atau pun melakukan pengkultusan melampau terhadap Najib.

Maka dikira akan ada permbahas yang berani,
bersikap outspoking memberi teguran dan kritikan untuk pengislahan Umno tanpa banyak apolegetik.
Ternyata ada pembahas yang katanya berterus terang dan mengkritik ke dalam Umno. Antara mereka ialah Md Alwi Che Amat yang mewakili Kelantan membahas ucapan dasar Najib secara berterus terang dan sarat dengan fakta.

Katanya ucapan Alwi yang berani dan penuh bersemangat mendapat
tepukan gemuruh para perwakilan. Hampir 80% apa diperkatakan Alwi
disokong perwakilan.
Alwi berjaya mencarikan kebekuan minda sesetengah perwakilan yang sterotaip.
Dan hari ini saya baru kesempatan mendengar perbahasan berapi daripada Alwi itu. Ada rakaman penuh dalam you-tube yang dimuat turun dalam Facebook beliau.

Setelah mendengar dan mengamatinya ternyata apa yang
diperkatakan memang benar, ucapan Alwi bukan sahaja berani tetapi bagi
saya beliau iklhlas dalam memberi pandangan kepada ahli dan pucuk
pimpinan tertinggi partinya. Suatu ucapan dari hati ke hati dan dari
jiwa ke jiwa.
Mungkin jiwa Alwi sendiri bersumbat dengan apa dihadapi Umno masa kini. Justeru ucapannya tanpa apologetik melahirkan apa yang terdampar dalam dhamirnya. Seperti mana diungkapkan, perhimpunan kali ke 68 itu mungkin yang terakhir buatnya.

Katanya ini adalah term terakahir buatnya.
Kenapa. Apakah beliau sudah memasang niat untuk bersara kerana tidak
berpuas hati dengan sesuatu.
Atau pun beliau memperli ketuanya Annuar
Musa yang dilihat tidak pernah puas dengan jawatan dan kuasa,
Kita fahami Alwi tahu dengan apa yang beliau luahkan walaupun ada yang terasa tetapi tidak dipedulikan kerana apa yang disebut adalah satu fakta yang perlu dikunyah oleh semua ahli Umno khasnya pemimpinnya. Ia bukan satu tembakan rambang tetapi apa diucap hakikat yang berlaku.

Sebagai ahli parti yang setia dan sayangkan Umno, Alwi tidak "gobar"
resah dan kisah kepada apa-apa. Baginya benar tetap benar walaupun ianya
pahit untuk didengari.
Misalnya beliau meminta Umno berani dan tidak menjadi parti yang menakut dan pengecut untuk bertindak. Memang benar Umno menjadi tunggak kerajaan diberikan kuasa oleh rakyat untuk melakukan sesuatu terbaik kepada negara dan bangsa Melayu.

Tetapi ada kalanya Umno menjadi
apologetik dengan apa yang hendak dilakukan termasuk mencabar wibawa
Umno. Umno seakan malu-malu dan ragu-ragu untuk menggunaankan kuasanya.
Sikap tolak ansur dan diplomasi yang tinggi menjadi Umno disekeh dan diinjak kepalanya oleh rakan-rakannya sendiri. Hak-hak dan kepentingan Melayu dipersoalkan tanpa akhlak dengan penuh kebiadapan, misalnya mengenai agama, bangsa dan keistimewan-keistimewaan lain yang dijamin dalam Perlembagaan.
Kerana terlalu berhati-hati dan mengambil hati kepada pihak yang mempersoal menyebabkan Umno menjadi kaku untuk bertindak. Padahal dalam masa sama orang lain telah berbuat dan menuntut yang bukan-bukan lebih daripada sepatutnya.

Memahami apa yang diluahkan Alwi, dalam konteks ini
Umno tidak boleh persalahkan kepada Pakatan Rakyat yang mesra atau
membantu orang lain, (demi kuasa) tetapi Umno harus salahkan kepada
dirinya sendiri kerana tidak tahu atau memanfaatkan kuasa yang ada
kepadanya.
Sebab itulah Alwi sedikit kesal, berang dan sebak dengan partinya. Katanya kita ada kuasa, kuasa yang ada sudah cukup tetapi masalahnya kita tidak mahu bertindak dan menggunakan mandat yang diberikan ahli dan orang Melayu kepada Umno. Kenapa? "Bertindaklah..." katanya dengan nada sebak dan menghalus.
Beliau menyebut mengenai kedudukan tanah rezab Melayu yang makin mengecil dan menjadi kebimbangan kepada orang Melayu hari ini. Beliau tanya siapa yang berkuasa mengambil tanah rezab Melayu dan siapa yang berkuasa untuk menggantikannya?

Jawabnya "kita" - kerajaan yang didokong
oleh Umno. Makanya kata Alwi pertikai apa perlunya sampai diadakan
jawatankuasa Amanah Tanah Rezab Melayu untuk menjaga hak Melayu, tidak
perlu sebab kerajaan (Melayu) sudah ada kuasa.
Seperkara lagi yang menarik dalam perbahasan Alwi yang disulam dengan ayat-ayat Quran dan Hadith, dan disini menunjukkan beliau seorang yang mempunyai concern yang tinggi kepada anak bangsanya, apabila menarik perhatian kerajaan agar membantu pelajar persendirian dalam bidang kedoktoran di Mesir.

Katanya terdapat lebih 3,000 pelajar di sana
dan seramai 1,900 yang pergi sendiri tanpa mendapat apa-apa bantuan
daripada kerajaan.
Beliau mencadangkan kepada kerajaan agar bantulah pelajar-pelajar itu bagi menunjukkan kerajaan ingat dan pedulikan mereka.
Beliau mencadangkan kepada kerajaan agar bantulah pelajar-pelajar itu bagi menunjukkan kerajaan ingat dan pedulikan mereka.
Saranan Alwi itu
lebih kepada berharap Umno menanam budi kepada pelajar berkenaan.
"Mereka bukan orang lain anak kita juga," katanya.
Beliau memberi peringatan Umno akan kerugian sesuatu kalau tidak membantu mereka. "Suka tidak suka mereka balik nanti akan menjadi doktor dan berkhdimat dalam negara ini.
Beliau memberi peringatan Umno akan kerugian sesuatu kalau tidak membantu mereka. "Suka tidak suka mereka balik nanti akan menjadi doktor dan berkhdimat dalam negara ini.
Mereka boleh dipanggil dan jika
kita membantu mereka, mereka akan ingat kepada kita," begitu kira-kira
maksud Alwi.
Tetapi katanya kalau mereka tidak dibantu, mereka mungkin
tidak ingtat kepada kita. Ertinya kalau Umno membantu mereka, sudah
pasti mereka akan mengenang budi kerajaan dan Umno dan dengan cara itu
mereka tidak akan lari jauh dengan Umno.
Itu dari segi politiknya, tetapi atas rasa kemanusiaan dan keprihatinan Alwi mahukan agar anak-anak Melayu yang berminat dalam pendidikan profesional tetapi gagal mendapat peluang pendidikan dalam negara, hendaklah dibantu apabila mereka mendapat tepat di luar negara.

Negara
ini kata dan bantulah mereka tanpa menguar-uarkan. Itu yang kita mahu.
Apa yang diluahkan Alwi itu, itulah yang beliau pernah ucapkan kepada saya. Dia berjanji akan membawa masalah rakyat pengetahuan Umno.
Apa yang diluahkan Alwi itu, itulah yang beliau pernah ucapkan kepada saya. Dia berjanji akan membawa masalah rakyat pengetahuan Umno.
Dan
katanya Umno sebagai tunggak kerajaan perlu membantu anak-anak Melayu
yang tidak mampu.
Di sini terserlah sekali akan kesungguhan Adun Kok
Lanas itu berjuang untuk membela anak bangsanya.
Beliau bukan sahaja
suka beretorik tetapi memperjuangkan sehingga sanggup bersemuka dan
berdepan dengan pimpimpin. Meneliti tajam dan tumpu bahasa Alwi membahas
ucapan itu menunjukkan dia seorang yang bercakap dari rasa hatinya
sendiri.
Syabas kepada Alwi atas keberanian dan keprihatinan tinggi anda. Negara dan orang Melayu memerlukan orang-orang seperti anda yang berani, tidak munafik dan menunjukkan iltizam tinggi kepada bangsa dan agama. [wm.kl.11:37 am 06/12/14]

Angkara Nakhoda , anak
kapal berantakan
Nakhoda Kapal memikul tanggung jawab penting dalam sesebuah kapal. Tugas
seorang Nakhoda Kapal adalah bertanggung jawab ketika membawa sebuah
kapal dalam pelayaran, baik itu dari pelabuhan satu menuju ke pelabuhan
lainnya dengan selamat. Tanggung jawab itu meliputi keselamatan seluruh
penumpang atau barang yang ada dalam kapal.
Nakhoda Kapal ialah seseorang yang sudah menanda tangani Perjanjian
Kerja Laut (PKL) dengan Pengusaha Kapal dimana dinyatakan sebagai
nakhoda, serta memenuhi syarat sebagai nakhoda dalam arti untuk memimpin
kapal sesuai peraturan perundang-undangan yang berlaku.
Secara ekplisit menyatakan bahwa tanggung jawab atas kapal hanya berada
pada tangan nahkoda, tidak ada yang lain. Jadi apapun yang terjadi
diatas kapal menjadi tanggung jawab nakhoda, kecuali perbuatan kriminal.
Misalkan sekumpulan anak kapal yang sedang bertugas dianjungan sewaktu
kapal mengalami kekandasan. Meskipun pada saat itu nahkoda tidak berada
di anjungan kapal, akibat kekandasan itu tetap menjadi tanggung jawab
nahkoda kapal.
Contoh yang lain kumpulan Masinis sedang bertugas di Kamar Mesin ketika
tiba-tiba terjadi kebakaran dari kamar mesin. Maka akibat yang terjadi
karena kebakaran kapal itu tetap menjadi tanggung jawab nakhoda.
Kalau melihat hal tersebut di atas maka secara ringkassingkat tanggung
jawab dari seorang Nakhoda Kapal adalah sebagai berikut :
1. Memperlengkapi kapalnya dengan sempurna
2. Mengawaki kapalnya secara layak sesuai prosedur/aturan
3. Membuat kapalnya layak laut (seaworthy)
4. Bertanggung jawab atas keselamatan pelayaran
5. Bertanggung jawab atas keselamatan para pelayar yang ada diatas
kapalnya
6.Mematuhi perintah Pengusaha kapal selama tidak menyimpang dari
peraturan perundang-undangan yang berlaku.
Tugas Nahkoda Kapal adalah diatur oleh peraturan dan perundang-undangan
tertentu.Bukan main hentam keromo buat u-turn ketika masa laut
bergelora!
a) Maka kalaulah bahtera itu merupakan PAS, maka Nakhodanya adalah Hj
Hadi.
b) Perjanjian Kerja Laut (PKL) dengan Pengusaha Kapal , bolehlah kita
anggap sebagai Tahaluf Siyasi dengan rakan-rakan parti gabungan Pakatan
Rakyat.
c) Kumpulan Masinis sedang bertugas di Kamar Mesin ketika tiba-tiba
terjadi kebakaran dari kamar mesin – Inilah yg sedang berlaku dalam
bahtera PAS sekarang – Kekalutan MSU cuba melangkau tugas-tugas JKPP yg
menyebabkan batera tekandas ditengah lautan.
d) Para petugas di anjungan berantakan sesama sendiri sebab arahan
Nakoda Kapal yang flip-flop!
Kesemua kekalutan yang berlaku diatas adalah jelas tanggung jawab
Nakhoda kerana lemah dan gagal dalam melaksanakan perjanjian Tahaluf
Siasi bersama rakan.
Cakap konon mahu bersama dgn PR, tapi mesyuarat tidak mahu bersama. Dah
tu pula buat keputusan sendiri yg bertentangan dgn keputusan
rakan-rakan....
Kalau nakhoda punya angkara, maka adalah lebih baik diganti nakhoda
baru yang lebih cerdik, barulah bahtera boleh belayar dengan aman dan
selamat sampai ke destinasinya.
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.