Followers

Tuesday, December 2, 2014

KDN cadang sebat kakitangan imigresen bersekongkol dengan ejen pekerja asing The Malaysian Insider

 KDN cadang sebat kakitangan imigresen bersekongkol dengan ejen pekerja asing

The Malaysian Insider

Selepas mencadangkan hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen yang didapati bersalah membawa masuk pekerja asing secara haram ke Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mahu hukuman sama turut dikenakan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen yang bersekongkol dengan ejen berkenaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbincangan ke arah pelaksanaan hukuman itu akan dimulakan minggu ini melibatkan penasihat undang-undang KDN, Jabatan Imigresen dan Jabatan Peguam Negara.

"Kita ingin cadangkannya kepada kerajaan setelah perbincangan ini selesai kerana saya berpandangan hukuman penjara dan denda tidak memadai untuk memastikan perbuatan itu daripada berulang.

"Jika ia melibatkan pindaan Akta Imigresen, kita akan bawa ke Parlimen. Namun jika sebaliknya, kita hanya akan pinda atau masukkan klausa berkenaan hukuman itu pada peraturan Imigresen sedia ada," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen, Zahid berkata walaupun kakitangan Imigresen bersekongkol dengan ejen pekerja asing hanya kes terpencil, cadangan hukuman itu perlu dibuat bagi memastikan nama baik jabatan itu terpelihara.

"Saya tidak malu untuk menyatakan perkara ini sebab lebih baik kita malu sedikit sekarang daripada dimalukan kemudian dalam hal pembenterasan dan pembersihan pekerja asing tanpa izin (PATI)," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan hukuman itu akan membantu usaha kementerian untuk membersihkan 100% anasir jahat yang merosakkan imej dan membangkitkan persepsi negatif orang ramai terhadap Jabatan Imigresen, sekaligus mengurangkan kebarangkalian berlakunya insiden seperti kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

"Saya tumpu kepada jabatan Imigresen kerana mengikut laporan anti rasuah yang dibentangkan Suruhanhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kabinet baru-baru ini, jabatan ini berada di tempat teratas daripada 10 agensi dan jabatan," katanya.

Menurutnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga disenaraikan dalam laporan SPRM itu.

Bagaimanapun, Zahid berkata di sebalik tanggapan negatif, Jabatan Imigresen melalui bahagian penguatkuasaan sebenarnya berjaya mengurangkan nisbah pekerja asing sah dan tidak sah iaitu daripada 30 pekerja yang sah, hanya 10 adalah PATI.

Ini berbeza daripada nisbah sebelum Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Tanpa Izin (6P) dilaksanakan, iaitu 10 pekerja asing yang sah manakala 30 adalah PATI, katanya.

Pada majlis itu, Zahid melancarkan buku Pas Sempadan bagi memasuki Malaysia/Thailand.

Pemohon hanya perlu membayar RM10 untuk buku itu yang tempoh sah lakunya selama setahun.

Buku Pas Sempadan itu menggantikan dokumen cetakan biasa bersaiz A4 yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bermaustautin melebihi satu tahun di Kedah, Kelantan, Perlis dan daerah Hulu Perak. Selepas mencadangkan hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen yang didapati bersalah membawa masuk pekerja asing secara haram ke Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mahu hukuman sama turut dikenakan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen yang bersekongkol dengan ejen berkenaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbincangan ke arah pelaksanaan hukuman itu akan dimulakan minggu ini melibatkan penasihat undang-undang KDN, Jabatan Imigresen dan Jabatan Peguam Negara.

"Kita ingin cadangkannya kepada kerajaan setelah perbincangan ini selesai kerana saya berpandangan hukuman penjara dan denda tidak memadai untuk memastikan perbuatan itu daripada berulang.

"Jika ia melibatkan pindaan Akta Imigresen, kita akan bawa ke Parlimen. Namun jika sebaliknya, kita hanya akan pinda atau masukkan klausa berkenaan hukuman itu pada peraturan Imigresen sedia ada," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen, Zahid berkata walaupun kakitangan Imigresen bersekongkol dengan ejen pekerja asing hanya kes terpencil, cadangan hukuman itu perlu dibuat bagi memastikan nama baik jabatan itu terpelihara.

"Saya tidak malu untuk menyatakan perkara ini sebab lebih baik kita malu sedikit sekarang daripada dimalukan kemudian dalam hal pembenterasan dan pembersihan pekerja asing tanpa izin (PATI)," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan hukuman itu akan membantu usaha kementerian untuk membersihkan 100% anasir jahat yang merosakkan imej dan membangkitkan persepsi negatif orang ramai terhadap Jabatan Imigresen, sekaligus mengurangkan kebarangkalian berlakunya insiden seperti kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

"Saya tumpu kepada jabatan Imigresen kerana mengikut laporan anti rasuah yang dibentangkan Suruhanhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kabinet baru-baru ini, jabatan ini berada di tempat teratas daripada 10 agensi dan jabatan," katanya.

Menurutnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga disenaraikan dalam laporan SPRM itu.

Bagaimanapun, Zahid berkata di sebalik tanggapan negatif, Jabatan Imigresen melalui bahagian penguatkuasaan sebenarnya berjaya mengurangkan nisbah pekerja asing sah dan tidak sah iaitu daripada 30 pekerja yang sah, hanya 10 adalah PATI.

Ini berbeza daripada nisbah sebelum Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Tanpa Izin (6P) dilaksanakan, iaitu 10 pekerja asing yang sah manakala 30 adalah PATI, katanya.

Pada majlis itu, Zahid melancarkan buku Pas Sempadan bagi memasuki Malaysia/Thailand.

Pemohon hanya perlu membayar RM10 untuk buku itu yang tempoh sah lakunya selama setahun.

Buku Pas Sempadan itu menggantikan dokumen cetakan biasa bersaiz A4 yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bermaustautin melebihi satu tahun di Kedah, Kelantan, Perlis dan daerah Hulu Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.